Bahana cinta facebook

Bahana cinta facebook

Loading...
KES 1: Anisa, 21 tahun, Seri Kembangan

KERANA Internet, maruah saya tergadai, malah hidup saya musnah. Bukan itu saja, wang simpanan dan juga pinjaman pelajaran, lebur begitu saja kepada bekas teman lelaki.Saya mengenali lelaki itu melalui laman web sembang dua tahun lalu. Ketika itu saya masih menuntut di sebuah universiti di pinggir Kuala Lumpur dalam bidang agama.Saya tidak tahu bagaimana saya yang boleh dikatakan berpegang teguh dengan ajaran agama musnah dalam sekelip mata angkara lelaki ini.Selama beberapa bulan kami bersembang di Internet selain berbual melalui telefon sehingga saya jatuh hati dengannya. Pada satu hari kami mengambil keputusan berjumpa di sebuah bandar di selatan tanah air.Pada hari itu, saya berseorangan menemuinya kerana yakin dan percaya dia lelaki baik, jujur dan bertanggungjawab. Namun, saya sangat terkejut, hari itu juga detik hitam dalam hidup saya. Selepas menjamu selera dengannya, kepala saya terasa sakit dan seperti hendak pitam. Lelaki yang saya panggil abang Zed, berusia lingkungan 30-an, membawa saya ke lokasi yang saya tidak ketahui.

Apabila terjaga daripada tidur keesokannya, saya dapati saya tidur dalam keadaan bogel di sebuah hotel. Zed pula ketika itu mengaku meratah tubuh saya beberapa kali.Lebih mengejutkan, dia turut merakam gambar bogel saya dalam pelbagai sudut. Malah, dia mengugut menyebar gambar berkenaan di Internet jika saya tidak menurut kemahuannya. Saya takut, menangis dan bimbang serta tidak tahu hendak buat apa. Sejak itu, diri saya tertekan. Hampir setahun saya ikut kemahuan Zed, jika dia hendak tubuh saya, saya akan ikuti kemahuannya. Di dalam kereta, hotel, tepi tasik atau di mana saja tempat yang ada peluang, kami melakukan seks dengan harapan gambar bogel saya dihapuskan.Lebih kejam lagi, wang pinjaman PTPTN yang saya dapat hampir RM15,000, semuanya terpaksa diserahkan kepada Zed. Selain meratah tubuh saya, dia dapat wang. Di universiti, bukan tiada lelaki berminat mendekati saya kerana saya boleh dikategorikan wanita cantik dan memiliki tubuh menawan.Namun kerana Zed, pintu hati saya tertutup kerana sifat benci kepada golongan itu, malah selama setahun saya menjadi hambanya, saya tidak ceritakan masalah ini kepada sesiapa sehingga pada satu hari, saya disahkan hamil.

Ketika itu saya buntu sehingga berita saya hamil diketahui universiti. Selain terpaksa menanggung malu, saya akhirnya dibuang, malah sehingga kini terpaksa menanggung bayaran pinjaman PTPTN. Seperti biasa, Zed tidak mengaku atau mahu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kepada diri saya, malah dia sanggup bersumpah. Sehubungan itu, saya membuat laporan polis dan kini masih dalam siasatan.

KES 2: Illa, 22, Subang Jaya

SAYA pernah terlanjur dengan teman lelaki, tetapi tidak tahu bagaimana gambar panas saya dirakam dan boleh tersebar. Begitupun, tidak semua gambar berkenaan adalah tubuh saya kerana ada antaranya saya percaya menggunakan teknik pertindihan.Saya pernah mendapatkan penjelasan bekas teman lelaki, tetapi dia enggan mengaku menyebarkan gambar bogel terbabit.Penyebaran gambar berkenaan menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan melampau dan malu kepada rakan dan saya membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya.Begitupun, hidup saya tertekan selepas itu, apatah lagi rakan juga memperoleh gambar terbabit.Dalam satu gambar, ia menunjukkan seorang wanita dalam keadaan bogel yang menyerupai fizikal saya duduk di atas katil dan menampakkan payu dara.

Bagaimanapun, ia sangat memalukan, terutama apabila diketahui keluarga saya, sekali gus memberi tanggapan buruk terhadap perilaku saya.Memburukkan keadaan apabila e-mel peribadi saya turut diceroboh sebelum ia diubah suai individu tertentu dengan niat memalukan saya.Saya mengesyaki penggodam yang memecah masuk e-mel saya adalah bekas kekasih yang dikenali sebagai K yang sukar menerima hakikat perpisahan kami.Kekasih berusia 32 tahun dan bekerja sebagai arkitek itu pernah memberitahu saya, dia tidak akan membiarkan saya hidup bahagia kerana tidak berpuas hati dengan tindakan saya yang berani memutuskan hubungan cinta.

KEPADA WANITA...AMBILAH CERITA INI SEBAGAI PENGAJARAN...JANGANLAH MUDAH TERPEDAYA DENGAN JANJI MANIS YG DITABURKAN OLEH LELAKI YG DIKENALI DAN TIDAK KENALI...INGATLAH BILA ANDA BERKENALAN DI MANA-MANA SAHAJA SAMAADA SI INTERNET ANDA MESTI AKAN BERJUMPA DAN AKAN BERCOUPLE BERDUA-DUAAN DAN PADA MASA ITU PELBAGAI PERKARA BOLEH MENGUNDANG PADAH DLM DIRI DAN SECARA SEDAR DAN TIDAK SEDAR DIRI ANDA TELAH TERJEBAK KE KANCAH PENZINAAN...BERINGATLAH SEBELUM HENDAK MELAKUKAN SESUATU PERKARA...

Surah Yunus ayat 44 :

“Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikit pun akan tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri.”

Catat Ulasan

0 Ulasan