Apa nak jadi budak2 sekarang..

Apa nak jadi budak2 sekarang..

Loading...

MUAR - Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta berbuat sesuatu terhadap penjaja-penjaja yang menjual makanan ringan di luar kawasan sekolah di Jalan Ibrahim di sini yang didapati turut menjual rokok kepada pelajar.

Walaupun dijual secara tersembunyi, kegiatan tersebut difahamkan telah lama berlaku dan pihak sekolah tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan penjaja tersebut beroperasi di luar kawasan sekolah.

Menurut seorang bapa pelajar sekolah berkenaan yang enggan dikenali, beliau berharap PBT dapat menguatkuasakan larangan kepada penjaja di kawasan berhampiran sekolah tersebut.

"Saya memang terkejut apabila melihat beberapa penjaja di luar kawasan sekolah itu menjual rokok kepada pelajar dan saya harap, pihak terbabit dapat mengambil tindakan sewajarnya.

"Saya nampak beberapa pelajar membeli rokok daripada penjaja-penjaja ini dan terus menghisap tanpa ada rasa bersalah selepas waktu persekolahan," katanya.

sumber dari KOSMO

P/S...bukan setakat penjaja je..ada juga van roti yang begitu berani masuk kekawasan sekolah yang beropasi secara demikian,tak kurang juga ada peruncit2 yang menjual berhadapan masjid waktu solat Jumaat...tau2 jelah...budak2 asrama memang ramai waktu2 begitu..sepatutnya tatkala budak2 asrama ni menunggu bas mengambil mereka..mesti ada seorang warden yang memantau...jgn sesekali dibiarkan mereka tanpa pengawasan,bukan saja rokok malah...bahan2 terlarang yang lain banyak yang mereka boleh dapat.

Catat Ulasan

0 Ulasan