Ini buktinya saya berkata BENAR...

Ini buktinya saya berkata BENAR...

Loading...
saya zoom kan lagi..



Disiplin? Adakah disiplin itu penting dalam kehidupan manusia? Disiplin boleh ditakrifkan sebagai peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang agar berkelakuan baik. Apabila kita menyentuh tentang kemerosotan disiplin, secara spontan kita akan tertumpu kepada golongan pelajar. Jelas terbayang di fikiran kita pelajar ponteng sekolah, bertumbuk dan menghisap rokok. Namun, dewasa ini, pelajar bukan sahaja berani melanggar disiplin sekolah malahan ada di antara mereka yang terlibat dengan kegiatan jenayah seperti menagih dadah, mencuri, peras ugut serta menjadi anggota kongsi gelap. Adakah disiplin di kalangan pelajar hari ini telah merosot? Jikalau ianya benar, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memulihkannya kembali dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan disiplin di kalangan pelajar merosot. Disiplin itu sangat penting dalam membentuk peribadi, moral dan akhlak yang tinggi di kalangan para pelajar agar dapat menjadi teraju pemimpin suatu hari nanti.

Jangan terkejut..surat diatas saya terima pagi tadi...diberikan kepada pekerja koperasi(dobi).Dan saya dapat tahu...surat tersebut ditulis oleh pelajar dari bilik lelaki nombor bilik A307..yang terdiri dari pelajar tingkatan 2...Ya!!!!...tingkatan 2!!!
Surat tersebut diletakkan didalam bakul dobi miliknya...Lihat..dari dulu saya sudah cakap,saya sudah muak dengan tingkah laku pelajar dizaman serba canggih ni.Saya juga dapat tahu pelajar tersebut dari anak orang berada..orangtuanya terdiri daripada golongan cerdik pandai..berbeza dengan saya ,yang sekolah pun setakat SPM saja!!Bagai langit dengan bumi...
Umur baru setahun jagung tapi...kecik2 dah jadi kurang ajar,salah siapa??
Masaalah seluar koyak bukan puncanya,bila diminta seluar yang koyak itu,berbagai2 alasan yang diberi..pokok pangkalnya...DUIT!!!

Pada hemah saya,faktor kekeluargaan banyak mempengaruhi disiplin anak-anak. Didikan agama yang sempurna daripada ibu bapa secara langsung dapat membentuk peribadi dan disiplin anak-anak. Dengan didikan agama yang sempurna, anak-anak akan tahu tentang perkara-perkara yang disuruh dan yang ditegah oleh agama. Proses pembesaran anak-anak yang melibatkan perubahan aspek fizikal dan mental akan menjadi lebih sempurna dengan memiliki pegangan agama yang kukuh. Di samping didikan agama yang sempurna, memberikan kasih sayang yang secukupnya, mengambil berat hal-hal yang berkaitan dengan pembelajaran anak-anak dan seumpamanya, berupaya membentuk disiplin anak-anak dengan sempurna. Melalui cara-cara tersebut anak-anak akan merasakan diri mereka disayangi dan bagi terus merasai sifat tersebut mereka harus patuh kepada didikan ibu bapa mereka. Ibu bapa harus sedar, jika kasih sayang yang diberi kepada anak-anak melebihi hadnya, akan timbullah perkara-perkara negatif yang menjadikan anak-anak ‘naik tocang’. Oleh yang demikin pemberian kasih sayang haruslah mempunyai batasnya dalam hal membentuk disiplin anak-anak.

P/S...jangan semua permasaahan anak2 diserahkan bulat2 kepada guru...kalau tidak..inilah padahnya..

Catat Ulasan

0 Ulasan