Kesabaran yang hilang

Kesabaran yang hilang

Loading...
Bapa seret anak yang berbogel
LU TAN menyeret anak lelakinya dalam keadaan bogel di bandar Hechi, China baru-baru ini.


HECHI, China - Seorang bapa, Lu Tan menyeret seorang anak lelakinya keluar dari sebuah kafe Internet di sini selepas membogelkannya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dia menyerbu kafe Internet itu baru-baru ini dan menyeret anaknya di hadapan rakan-rakannya.

Seorang saksi berkata: "Dia (Tan) memukul budak itu yang menangis meminta belas kasihan. Namun, bapa budak itu mahu memberitahu semua orang bahawa anaknya tidak berguna dan menyeretnya ke rumah setelah membogelkan dia dengan kedua-dua tangannya diikat."

Dia menyatakan beberapa anggota polis tidak bertindak campur tangan walaupun selepas mereka dihubungi untuk membantu budak tersebut.

Saksi itu menjelaskan bahawa budak berkenaan didakwa mencuri wang untuk digunakan bagi melayari Internet.

Tan berkata, dia bertindak memukulnya kerana tidak mahu kehidupan dia dirosakkan oleh Internet.

Menurutnya, ibu budak itu meninggal dunia semasa dia berumur sembilan bulan.

"Saya sudah membesarkannya. Saya bekerja keras untuk membiayai keluarga," kata Tan. - Agensi

p/s...mendidik anak memerlukan kesabaran,namun a/bila kemuncak kesabaran itu tidak dapat diatasi...inilah jadinya.
Moral of the story...anak2..jgn sesekali menipu,mencuri...dengarlah nasihat orang yang lebih tua.

Catat Ulasan

1 Ulasan

jerit kat sini