Korang semua salah!!!

Korang semua salah!!!

Loading...
Sifat tercela yang ada di dalam diri manusia adalah suka menyalahkan orang lain atas pilihan, tindakan dan kekurangan diri sendiri.

Kita, manusia sememangnya suka menyalahkan orang lain. Kita menyalahkan semua orang dan semua perkara kecuali diri sendiri. Kita menyalahkan ibu bapa, anak anak, makanan, kereta, lalu lintas, majikan, kerajaan dan termasuklah cuaca.

Jurujual yang gagal dalam sesuatu urusan menyalahkan pelanggan yang keras kepala. Pelajar yang gagal dalam peperiksaan menyalahkan guru-guru dan subjek yang mereka ambil. Pekerja yang lambat sampai ke pejabat menyalahkan hari hujan atau kesibukan lalu lintas.

Pelajar dalam campus suka menyalahkan bas bila mereka lewat sampai ke kelas.
Orang kerja pejabat / staff suka menyalahkan traffic jam bila lewat tiba di pejabat.
Anak2 suka menyalahkan ibu bapa yang sibuk bekerja bila hidup mereka tak terkawal.
Murid2 suka menyalahkan guru bila mereka gagal dalam peperiksaan.
Suami suka menyalahkan isteri bila dia nak kawin lain.

Teringat kata2 seorang sahabat " Ramai remaja yang terlibat gejala sosial akhirnya akan menyalahkan ibubapa yang sentiasa sibuk, rakan2 yang mempengaruhi, kerajaan yang tidak menapis hiburan dalam arus media massa....kenapa perlu menunding sedang hidup ini pilihan kita, kita sudah baligh, kita dianugerahkan akal fikiran, kita bebas menilai dan memilih, jadi pilihlah jalan ikut pertimbangan akal yang waras....andai tersalah jangan menyalahkan orang kerana pilihan kita yang lakukan.....

p/s "Banyak lagi yang perlu diperbetulkan dalam diri ni...kadang suka juga menyalahkan. Moga kuat untuk berubah!!

Catat Ulasan

0 Ulasan