Bandar hantu kah atau..........?????

Bandar hantu kah atau..........?????

Loading...
SALAH satu imej ganjil yang menunjukkan beberapa bangunan tinggi di kaki langit bandar Huanshan, China pada awal bulan ini.

HUANSHAN - Beberapa imej bandar dilihat muncul di langit pada awal bulan ini di bandar ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kemunculan 'bandar hantu' di langit itu berlaku selepas hujan lebat dan suasana lembap berlaku di sepanjang Sungai Xin'an di bandar ini.

Imej pelbagai bentuk bangunan dan pokok itu menyebabkan beberapa pakar kebingungan kerana imej bandar yang diperlihatkan itu bukan refleksi imej yang terdapat di bandar ini.

Adalah dipercayai bahawa imej itu mungkin satu ilusi penglihatan yang berlaku akibat cuaca lembap. - Agensi

p/s Ini adalah sedikit info yang aku dapat dari hasil pembacaan melalui beberapa laman web.

Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya yang tersendiri. Antara Raja Jin alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai’ah dan Maimon. Empat raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s ialah Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.

Manakala Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaail, Mikiyaail, Sarifiyaail, ‘Ainyaail dan Kasfiyaail. Raja Jin yang mengusai kesemua Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM YA LI.. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.
Anak-anak Iblis juga mempunyai kerajaan yang besar antaranya :-

1. Thubar Merasuk manusia yang di timpa musibah dan bala
2. Daasim Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan silatulrahim, rumah tangga, keluarga, sahabat handai, jemaah dan sebagainya.
3. Al-‘Awar Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya
4. Zalanbuur Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.

Sumber dari blogger Cikgu Pejal

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. hebat betul juga kerajaan Jin ni...

    BalasPadam
  2. bayangkan kalo manusia boleh nampak kerajaan jin ni...aduhhh...pasti lebih besar dari seluruh alam ni..sbb diorang tak mati..makin ramai ada la.

    BalasPadam

jerit kat sini