Demi Zebra, Lelaki Ini Harus Pakai Baju Belang

Demi Zebra, Lelaki Ini Harus Pakai Baju Belang

Loading...
Gambar: Chen dan Little Five (Orange)


BEIJING -
Seorang pekerja di kebun binatang di China harus memakai pakaian belang kerana zebra tak berinduk ini hanya mahu menerima makan dari seorang yang memakai pakaian belang. Kebun binatang Wuhan menyatakan, zebra ini lahir di awal Julai dan lima hari selepas dia lahir, induknya mati. "Pada mulanya kami memberikan bayi zebra ini ke ayahnya, namun ayah zebra ini tidak mahu mengurusnya dan bahkan menendangnya," ujar seorang yang memberi makan zebra itu Chen Nong, seperti dikutip Orange, Sabtu (30/7/2011).
Chen mengatakan bahawa dirinya perlu memakai pakaian belang setiap hari agar zebra kecil ini mahu makan. Zebra ini pun menjadi senang bila melihat Chen menghampirinya. "Zebra ini bahkan ingin menyusu pada saya, saya berikan saja jempol saya," tambahnya. Kebun binatang ini akhirnya membina kandang zebra yang berasingan untuk bayi zebra ini. Chen pun memberikannya susu untuk zebra tersebut. Bila Chen tidak mengenakan baju belang, zebra itu tidak mahu meminumnya. Chen pun memberi nama zebra itu dengan nama " Little Five "kerana ia hanya bersama ibunya dalam masa lima hari.

sumber:jagad unik

Catat Ulasan

0 Ulasan