Hhhhmmmm......Panahan Janda Miang

Hhhhmmmm......Panahan Janda Miang

Loading...

Sambil sembang-sembang, dalam hati Akak ni bergelora bak angin taufan apabila mendengar cerita kisah cinta tiga segi - dua wanita, seorang lelaki. Akak bukanlah wanita antipoligami kerana poligami itu tidak salah, sebaliknya yang menjadi masalah apabila orang menyalahgunakannya. Biarlah jalan ke arah itu caranya betul. Ini tidak, tindak tanduk mereka yang terbabit itu boleh mencetuskan kemarahan dan angin satu badan! Bukan apa, banyak-banyak lelaki di Malaysia ni, termasuklah Mat Bangla, Abang Nepal, Mas atau Bung Indonesia yang berstatus bujang trang tang tang atau pun duda, kenapalah suami orang juga yang diburu si janda ini?

Silaplah, jika dia fikir dia saja hebat. Dalam diam-diam rupanya si isteri pun ada pelan sendiri. Ibarat ilmu di medan tempur, strategi siap diatur sebelum gempur. Dialah askar peninjau, dialah juga ejen pengintip. Risik disusuli intip. Hendap disusuli catatan peribadi mana tempat ‘favourite’ pasangan kekasih suami orang, janda orang ini bertemu.

Bila tangan penat mencatat, hati sarat dendam kesumat, otak pun panas menggelegak bak air hangat! Lalu si isteri malang ini pun berkongsi rasa dengan ibu tercinta. Yelah...dah nama pun anak mak. Ibu mana sanggup melihat anaknya dianiaya wanita yang sudah pasti sama jantina cuma tahap miangnya saja berbeza.

Lalu berbekalkan catatan di tangan dan dalam otak, pasangan ibu dan anak ini memasang strategi. Serangan dilancarkan di sebuah pusat beli-belah. Sekelip mata orang ramai ghaib apabila amarah menguasai diri. Siap...gempur! Hah...lebam jugalah tubuh si janda ni kena belasah bertubi-tubi.
Bukannya akak tak bersimpati, tetapi ibarat kata sahabat akak: “Dia yang tempah masalah! Tak boleh kawal ke rasa miang tu sampai dah tak kenal mana laki orang, mana si bujang. Apa salahnya nampak je suami orang, bayangkan sekali simbol ‘Jalan Mati! Ini tidak dia nampak simbol RM (Ringgit Malaysia) agaknya!”

Nak gelak pun ada. Tapi bagi Akak la, bukan setakat simbol ‘Jalan Mati’ tetapi simbol ‘No Entry’ atau ‘Awas! Bonggol Di Hadapan’ yang juga harus dibayangkan oleh kalangan janda apabila menatap suami orang. Tetapi amaran itu selayaknya untuk janda yang miang la...sebab akak tahu dan kenal ramai janda yang berhati mulia di luar sana. Jika miang juga, alamatnya simbol ‘Awas!
Bonggol Di hadapan itu’ boleh bertukar benjol di kepala! Betul tak? Ini bukan soal tepuk dada tanya selera tapi soal kawal miang yang membara. Biarlah status janda itu diiringi adab yang mulia. Apa kata anda?


info:berita harian

Catat Ulasan

0 Ulasan