Masa silam tidak akan kembali lagi

Masa silam tidak akan kembali lagi

Loading...
Aku sedar, masa silam tidak akan kembali semula. Masa silam sudah jadi sejarah. Masa silam jika diingat akan menjadikan jiwa kita semakin kacau. Nostalgia tidak kiralah yang manis atau pahit, akan hanya membuatkan kita karam dalam emosi.
Menoleh dan memandang kembali ke masa silam kadang-kadang merupakan pengalaman yang sangat menyakitkan bagi kebanyakan orang.Kerana itu kebanyakan kita cuba membuat andaian, memilih pengalaman mana yang boleh disimpan untuk selanjutnya dinikmati lagi, dan pengalaman mana yang harus diabaikan; pengalaman mana yang layak diingat lagi dan mana yang harus dilupakan; pengalaman mana yang harus dinilai sebagai harta karun dan mana harus dibuang kerana dinilai sebagai sampah yang tak berguna.

Catat Ulasan

0 Ulasan