Orang P.Pinang........Cer Citer Sket....

Orang P.Pinang........Cer Citer Sket....

Loading...
Mengikut cerita dari penduduk asal Negeri Pulau Pinang nama Penang diperolehi dari Sir Francis Light ketika dia mula-mula menjejakkan kaki di pulau itu.


Ceritanya bermula ketika Sir Francis Light yang baru saja pulang dari Istana Sultan Kedah untuk membeli pulau tersebut bagi tujuan dijadikan pusat perdagangan dan perlabuhan.

Ketika hasratnya diperkenankan oleh Sultan Kedah pada ketika itu Sultan Abdullah Mohd Jiwa (bukan adik beradik suami Siti Nurhaliza, Datok K Mohd Jiwa) Sultan Kedah itu telah menitahkan orangnya membawa Sir Francis Light dan orang-orangnya menaiki kolek ke pulau itu bagi tujuan lawatan sambil belajar. Kira macam city tour lah lebih kurang.

Ketika dalam kolek tersebut, maklumlah nama pun kolek jadi saiznya kecik sikit dan selalulah terkolek-kolek tak berapa stabil, orang-orang Sir Francis Light pun bertanya kepada beliau apakah nama yang wajar diberikan kepada pulau itu. Maka ketika itu Sir Francis Light yang tengah pening-pening sebab kolek selalu terhuyung-hayang secara spontan telah menyebut "Fening... Fening..." iaitu sebenarnya beliau berkata pening dalam pelat Melayu.

Lama-kelamaan perkataan "Fening" akhirnya bertukar menjadi "Penang" dan popularlah dikalangan masyarakat pedagang yang berdagang di sana.

Haaaa....canne...nak tanya kat orng Penang ni...betul ke citer ni??
Atau ada versi lain.....cer citer...

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. kira betullah tu ... hahaha
    kite ni bukan org penang pun! :)

    BalasPadam
  2. akak pun bukan orng Penag gak...:)

    BalasPadam

jerit kat sini