Surah panjang dalam solat dapat rungutan

Surah panjang dalam solat dapat rungutan

Loading...
MAKKAH: Seorang imam mungkin akan diambil tindakan kerana sengaja memanjangkan bacaan dalam solat walaupun mendapat rungutan daripada jemaah.

Sheikh Bakur bin Hamid Mir, Ketua Pengarah Kementerian Hal Ehwal Islam, Bahagian Wakaf, Dakwah dan Bimbingan, cawangan Makkah telah menghantar surat kepada pengarah di Makkah untuk bertanyakan masalah yang dihadapi oleh jemaah tentang imam itu.

Hanya terdapat satu masjid saja di daerah itu. Jemaah membuat aduan imam telah menolak permintaan mereka untuk memendekkan bacaan dalam solat sejak tiga tahun lepas.

Sumber berkata, pihak kementerian akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat perkara ini dan cuba memulihkan hubungan antara jemaah dengan imam itu. Jemaah berkata, ramai penduduk telah pergi ke masjid di daerah yang berdekatan ketika bulan Ramadan.

Kata seorang jemaah, Imam juga membaca surah panjang ketika solat zohor dan asar dengan alasan mahu menghabiskan semua surah di dalam al-Quran. Sheikh Bakur berkata, imam tidak boleh membaca surah terlalu panjang dalam solat.

kredit : hmetro.com.my

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. la betul lah ni, tapi pun terasa macamni. tiap hari g terawikh tapi harini penat sangat. Terasa pulak imam tu baca surah panjang kemain. Kecian kat mak saya berehat jap di belakang sbb sakit kaki. Saya pulak rasa nak pitam.

    rupanya ada negara lain pun tak suka mcmni.

    BalasPadam
  2. kat tempat akak pun ada gak,tapi ada satu surau tu tu,imam imam dia baca surah pendek je...tiap2 malam mmg penuh dan padat ngan jemaah

    BalasPadam

jerit kat sini