Inilah Keunikan Laut Mati, Sempadan Israel - Jordan

Inilah Keunikan Laut Mati, Sempadan Israel - Jordan

Loading...

Laut Mati ialah danau yang membujur di daerah antara Israel, Daerah Otoritas Palestin dan Jordan. Di 417,5 m di bawah permukaan laut, merupakan titik terendah di permukaan bumi. Laut Mati amat asin, yang membuatnya tak mungkin bagi makhluk hidup untuk hidup. Inilah alasan namanya. Bagaimanapun, ini tak benar-benar mati, kerana beberapa jenis bakteria boleh hidup di sini. Kerana airnya begitu asin, orang boleh terapung dengan mudah di Laut Mati tanpa kesulitan. Pelawat datang dari seluruh dunia untuk mengapung di sini.

Tidak seseram namanya, laut mati merupakan sebuah Tasik masin (bukan laut, kerana berada pada darat), istilah laut di pakai kerana keluasan nya yang mencapai 76 Km panjangnya dan mempunyai lebar 16 Km, jadi bisa di bayangkan kalau tasik ini begitu luas (tapi tasik ini telah mengalami penyempitan dan pengurangan debit air disebabkan oleh pengewapan yang berlebihan dan kurangnya bekalan air dari Sungai Jordan).

Kadar garam yang begitu besar pada laut ini membuat kita boleh terapung di atasnya tanpa susah susah berenang, bahkan sambil membaca buku sekalipun! Aneh memang, tapi itulah kejadian alam. Konon kadar garam di laut mati ini mencapai 31.5% (itu bererti 9 kali ganda dari kadar garam laut biasa yang sekitar 3,5%. Kerana kadar salinitas nya tersebut maka semua benda boleh terapung di atasnya.
Salah satu cerita mengenai asal usul laut ini adalah cerita mengenai kaum Nabi Luth, yang bercerita tentang bagaimana hancurnya moral manusia kala itu (sodom Gomorah) yang melakukan hubungan seksual sejenis, terlepas dari cerita itu semua laut mati ini mempunyai cerita lain dari segi ilmiah iaitu mengenai kadar garam nya yang tinggi. Terjadi penurunan debit air di laut ini yang mencapai 1 meter tiap tahun nya kerana jumlah air yang masuk dari sungai jordan banyak di pakai untuk keperluan irigasi sehingga bekalan ke laut ini menjadi berkurang dan pengewapan nya sangat tinggi, inilah yang menyebabkan mengapa laut ini menjadi masin. Tak ada ikan yang hidup di situ, dan air laut mati bila terkena mata akan sangat perih.

Di balik itu semua lumpur laut ini mempunyai khasiat tersendiri bagi kaum wanita khususnya sebagai penghalus kulit (Lulur Lumpur laut). Selain kandungan garam yang amat sangat tinggi, air Laut Mati juga banyak mengandungi kalium, magnesium, dan bromium, mungkin kerana itulah lumpur laut mati ini dianggap sangat berkhasiat. Israel, Palestin dan jordania bersetuju untuk menyelamatkan laut mati ini kerana kesan bila terjadi kerosakan pada ekosistem laut mati ini akan sangat buruk bagi kawasan tersebut, tindakan penyelamatan antara lain membekalkan air dari laut merah ke laut mati dengan membuat saluran saluran untuk menyambung kedua-dua laut tersebut yang jaraknya sekitar 200 Km. Permukaan air Laut Mati dianggarkan telah mengalami penyusutan dari 392 meter di bawah permukaan laut menjadi 416 meter dan sedang menurun ke tahap yang sangat membimbangkan.



Read more: http://bodrexcaem.blogspot.com/2011/09/inilah-keunikan-laut-mati-perbatasan.html#ixzz1Y0sV8uSZ

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. teringin nk g sana...

    terima kasih singgah dan folo... dah lama saya folo sini cuma jrg tinggal komen je... :)

    BalasPadam
  2. alamak Hanis..ye ke..
    sorry ler akak x perasan,..
    anyway...thanks..

    BalasPadam

jerit kat sini