Mengintai Hotel Mayat DiJepun

Mengintai Hotel Mayat DiJepun

Loading...
Sebuah hotel di Jepun memberikan perkhidmatan yang lain dari biasa, yakni menyimpan jenazah di peti mati yang berpendingin sehingga keluarga simati dapat mengunjunginya setiap masa.

Terletak jauh di pinggir bandar Yokohama Jepun, penginapan aneh ini terlihat layaknya sebuah penginapan kecil biasa di kota tersebut. Namun ini bukanlah sebuah penginapan normal, tapi sebuah hotel untuk orang yang telah mati.
Seorang Kakitangan di Hotel Lastel di Yokohama sedang melayani salah satu tetamu

Ke-18 tetamu di hotel Lastel ini yang semuanya merupakan mayat, berada di dalam peti mati berpendingin, di mana keluarga membayar ¥ 12.000 (1,3 juta) guna menunggu giliran untuk dibakar pada krematorium bandar yang over kapasiti.
Perniagaan yang sedang Booming: Seorang sami kelihatan melalui Hotel mayat di Yokohama

Namun uniknya, pasangan muda yang tidak menaruh curiga masih datang mengetuk di malam hari, mencari tempat untuk bermalam.
Mayat dalam hotel ini disimpan di dalam peti mati berpendingin

Tasbih Buddha (atas) dan peti mati (bawah) juga dijual di hotel ini

"Kami mengatakan kepada mereka kami hanya punya bilik yang dingin," kata pemilik Hisayoshi Teramura sambil mengatakan bahawa perniagaan ini menjadi booming langka di ekonomi Jepun yang stagnan.

Orang Jepun mengeluarkan kos rata-rata 1,2 juta yen (134 juta) untuk bunga, bekas, peti mati serta kos pemakaman lain, dua kali ganda dari rata-rata yang dihabiskan warga Amerika untuk pemakaman setiap tahun.

Hotel ini bergantung pada sistem simpanan automatik yang tersembunyi dari pelayat di belakang tingkap dengan bingkai berbentuk kotak bunga.

Pemeriksa mayat sedang mempersiapkan jenazah

Hotel itu menyimpan dan membekukan mayat yang berada dalam peti mati, kemudian menghantar mereka melalui palka ke sebuah bilik khas yang digunakan para pelayat untuk melihat jenazah, baik siang atau malam hari, atau setiap kali rakan dan keluarga datang untuk memberikan penghormatan.

Sumber: dailymail

Catat Ulasan

0 Ulasan