Tangan Angelina Jolie berurat!

Tangan Angelina Jolie berurat!

Loading...

Tangan aktres terkenal Hollywood, Angelina Jolie kini menarik perhatian orang ramai .

Pelakon berkenaan didapati memiliki tangan yang berurat seperti seorang ahli bina badan kerana mengamalkan jadual senaman yang ketat. Dia mendedahkan tangan itu ketika menghadiri satu majlis makan malam di restoran Marina.

Pakar perubatan, Dr. Chris Steele dalam rancangan televisyen This Morning berkata, tangan yang dimiliki oleh selebriti itu turut berlaku di kalangan atlet dan ahli sukan kerana mereka mempunyai tubuh yang kurang lemak.

“Wanita-wanita yang mempunyai urat di kaki ketika sedang mengandung adalah kerana mereka terpaksa menanggung berat bayi di kaki,” katanya.

Jolie yang berlakon dalam filem Mr. and Mrs. Smith itu dilaporkan seorang yang terlalu mementingkan kesihatan tubuh badannya dan dia sering melakukan latihan intensif untuk melakonkan aksi lasak.

Ketua latihan di gimnasium Virgin Active, Kensington, London Barat, Steve Mongey berkata: “Urat-urat itu berpunca daripada latihan angkat berat.

“Badan memerlukan oksigen dipam masuk ke dalam urat untuk latihan seperti itu dan ia menyebabkan urat-urat tersebut mengembang.

“Jika anda meneruskan pengambilan makanan dan melakukan latihan, lemah akan hilang dan urat itu bakal kelihatan.”

Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini