Bayi berusia dua minggu diselamatkan di Turki

Bayi berusia dua minggu diselamatkan di Turki

Loading...

SEORANG anggota penyelamat memangku bayi berusia dua minggu yang dikeluarkan dari celah runtuhan sebuah apartmen di Ercis, Turki semalam.

WAJAH bayi berusia dua minggu yang dikeluarkan dari celah
runtuhan apartmen di Ercis, Turki semalam.


Pasukan penyelamat di Turki berjaya menyelamatkan seorang bayi berusia dua minggu dan ibunya dari timbunan puing-puing gempa.

Nenek bayi itu juga berjaya diselamatkan tetapi ayahnya masih belum ditemui.

Bayi yang bernama Azra Karaduman tersebut mampu bertahan hidup selama 48 jam dan beberapa jam kemudian ibunya, Semiha, ditemui.

Seorang pegawai penyelamat mengatakan kepada BBC bahawa bayi yang berjaya diselamatkan itu meningkatkan semangat mereka.

"Ketika saya lelah, saya teringat puteri saya yang berusia empat tahun dan saya mengatakan pada diri saya tidak boleh berhenti. Saya turun lagi, "katanya.

Sebelumnya seorang ibu yang sedang hamil dan dua anaknya yang berjaya diselamatkan, yang meningkatkan harapan tentang orang-orang yang mungkin masih hidup di balik runtuhan.

Dan petugas penyelamat yang menggunakan anjing pelacak serta alat-alat berat perlu berlumba dengan masa, dibantu warga tempatan yang menggunakan peralatan seadanya.

Pihak berkuasa berkata beratus-ratus orang masih hilang sementara jumlah korban jiwa sudah mencapai 432 orang pada Selasa 25 Oktober


Ratusan orang masih dinyatakan hilang hingga Selasa 25 Oktober.

Dianggarkan jumlah korban jiwa masih akan meningkat, sedangkan korban yang luka saat ini mencapai 1.300 orang lebih.

Lebih daripada 2,000 bangunan runtuh akibat gempa yang melanda Turki timur pada Minggu 23 Oktober.

Ribuan mangsa yang selamat di bandar Van dan ercis, yang paling menderita akibat gempa, masih harus tetap tinggal di khemah-khemah kecemasan.

Kerajaan Turki sudah menyatakan akan memberika bantuan lebih banyak kepada para pelarian dan 12.000 khemah akan dihantar ke wilayah itu.

Sejumlah mangsa dan parti pembangkang mengkritik kerajaan yang dianggap tidak mampu memberikan bantuan yang diperlukan.

Lembaga bantuan terus menyalurkan bantuan khemah mahupun selimut kepada mangsa-mangsa yang berada di tempat penampungan sementara.

"Hari ini kami sudah menghantar 18.000 khemah lebih kepada para mangsa dan tidak ada masalah dalam pengertian khemah kecemasan. Kami juga menyediakan 10.000 selimut, "kata Kaan saner dari Bulan Sabit Merah Turki.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. MasyaAllah, itulah kekuasaan Allah...

    salam kenal, jumpa di KB td. jemput singgah blog saya di www.kisah-dan-kasih.blogspot.com

    BalasPadam

jerit kat sini