Satu-satunya Restoran Yang Menhidangkan Makanan Zaman Batu

Satu-satunya Restoran Yang Menhidangkan Makanan Zaman Batu

Loading...
Restoran Ini Hanya Jual Makanan Jaman Batu
Restoran Sauvage di Jerman hanya menyediakan menu berupa makanan dari zaman batu yang diambil nenek moyang manusia berjuta-juta tahun lalu.

JERMAN - Restoran di Jerman ini bukan restoran biasa sebab menu makanan di sini tidak seperti yang boleh anda dapati di restoran lain. Restoran bernama Sauvage ini hanya menyajikan makanan dari zaman batu.

Menu di restoran ini disebut 'masakan manusia gua' dan hanya dibuat dengan bahan-bahan yang dimakan oleh nenek moyang manusia berjuta-juta tahun lalu.
Dalam sekejap, restoran yang berlogo manusia purba ini menjadi popular kerana makanan yang ada sangat organik alias menyihatkan. Menu yang ditawarkan termasuk buah-buahan mentah, sayur, daging, ikan, telur, dan kacang dan biji-bijian.
Gula, keju, roti dan makanan moden yang lain sama sekali tidak boleh didapati di sini.


Pemilik Sauvage, Boris Leite-Poco, mengatakan bahawa menu makanan di restorannya memberikan tenaga yang lebih besar, meningkatkan massa otot, membuat kulit lebih bersih, dan bahkan meningkatkan hasrat seks.
Boris mengatakan bahawa ia hidup lebih sihat selepas mengambil makanan 'zaman batu' sejak dua tahun lalu. Ia membuka restoran ini untuk berkongsi rahsia sihat yang ditemukannya dengan orang lain.
Meski banyak yang meragukan khasiat dari makanan jenis ini, tapi pungutan pendapat membuktikan bahawa 3.292 orang mengatakan bahawa mereka merasakan khasiat makanan ini, berbanding dengan 85 orang yang mengatakan tidak.

Catat Ulasan

0 Ulasan