Tetap Berkeras mahu Melawat Kubur Hawa

Tetap Berkeras mahu Melawat Kubur Hawa

Loading...

JEDDAH: Setiap tahun, jemaah dari China, Indonesia, Malaysia, Bangladesh, Afghanistan dan Pakistan berkeras untuk menziarahi kawasan perkuburan di Wilayah Al-Amariya di Jeddah kerana menganggap, Siti Hawa – ibu kepada semua manusia – dikebumikan di situ.
Jemaah ini enggan pulang ke negara asal sehinggalah mereka dapat mengucap salam di kubur Siti Hawa, menurut laporan akhbar berbahasa Arab, Al-Madina.
Seorang jemaah dari Indonesia, Haji Mahmoud Nimatallah percaya, jenazah Siti Hawa dikebumikan di perkuburan itu.

“Saya terlalu gembira kerana berada di dalam kawasan kubur di mana jenazah Siti Hawa dikebumi. Ia adalah satu mimpi yang jadi kenyataan. Kami dengar banyak cerita daripada nenek moyang kami yang berziarah di perkuburan lama ini dan sekarang kami melihatnya dengan mata kami sendiri.”
Seorang pemandu kumpulan jemaah dari Malaysia, Muhammad Hadi berkata, dia tidak mengambil kesempatan daripada jemaah yang kurang berpengetahuan.
“Kami tidak ambil kesempatan tetapi jemaah yang minta dibawa ke sini kerana mereka mendengar cerita daripada saudara-mara mereka mengenai kubur lama ini.”


Sheikh Abdullah San’an, seorang professor dalam Kajian Al-Quran di Kolej Guru Jeddah dan imam di masjid Al-Rajhi berkata, kubur itu tidak mengandungi jenazah Siti Hawa.
“Adalah salah untuk mempercayai jenazah Siti Hawa dikuburkan di sini. Ada orang yang sengaja membawa cerita untuk mengaut keuntungan,” katanya.
Ia adalah satu sunnah Rasulullah untuk melawat kubur tetapi semua kubur adalah sama, katanya.
Sesetengah jemaah haji juga berkeras untuk melawat masjid Al-Rahma di Jeddah kerana percaya ia adalah masjid Fatimah Al-Zahra. – SG

Catat Ulasan

0 Ulasan