Tuah Ayam Nampak Dikaki,Tuah Siti??Pssttt...Bersama Dato K Laa..

Tuah Ayam Nampak Dikaki,Tuah Siti??Pssttt...Bersama Dato K Laa..

Loading...




KETIKA mencari desti�nasi bulan madu tujuh tahun lalu, ada yang mencadangkan pasa�ngan pengantin baru, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa berbulan madu di Maghribi dan satu lagi wilayah di negara itu, Marrakesh kerana keunikannya.

Bagaimanapun, mereka memilih untuk menikmati keindahan Honolulu, Hawaii yang terkenal dengan kecantikan pantainya dan menjadi impian setiap pengantin baru. Selepas itu hampir setiap tahun Siti dan suami bercuti di luar negara termasuk ke Cape Town, Afrika Selatan dan negara Eropah.
Tahun ini sempena hari lahir Siti yang ke-33 yang disambut pada 11 Januari lalu, suami tercinta menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat Siti dengan membawa bercuti di Maghribi dan dalam perjalanan balik, mereka singgah di kota mewah, Dubai. Akhirnya sampai juga hasrat mereka untuk ke sana selepas tidak berpeluang berbuat demikian ketika kali pertama berbulan madu.

Selama dua minggu di sana mulai 3 hingga 14 Januari. Sebelum tiba di Maghribi,

mereka transit sebentar di Dubai sebelum menyambung semula penerbangan. Setibanya di sana terus Siti jatuh hati pada muka bumi dan cuaca�nya yang sangat ‘cantik’.
“Dalam keadaan suhu lebih kurang 15 darjah celsius, cuacanya nyaman dan tidak perlu berbaju sejuk. Saya menikmati sepuasnya suasana itu dan pada sebelah malam pun cuacanya tidak ‘jatuh’ teruk sangat, hanya sekitar 8 darjah celsius. Sungguhlah bagai dikata, negara ini memiliki keistimewaan tersendiri.


“Saya pernah ke negara Eropah yang pada saya tiada tolok bandingnya, tetapi Maghribi menawarkan pengalaman yang berbeza. Dulunya Maghribi terkenal dengan nama Casablanca. Saya masih dapat lihat dalam pembangunan kota yang moden itu masih terdapat penempatan lama. Ia seperti terbahagi kepada dua bandar iaitu baru dan lama.

“Sewaktu saya melihatkan bentuk pembinaan bangunannya, saya terasa seperti berada di Madinah. Maghribi adalah negara Arab, tetapi sudah banyak dipengaruhi Barat dan penduduknya bertutur dalam bahasa Arab dan Perancis,” katanya.

Selepas tiga hari menyusuri bandar Maghribi, Siti dan Khalid meneruskan percutian mereka di Marrakesh yang Siti sifatkan lebih cantik dan unik.
SITI amat mengagumi seni reka bangunan di Marakesh.


“Saya lebih suka Marrakesh dan terasa seperti berada di dunia lain. Warna bangunan pejabat dan rumah sama, semuanya dicat merah dan hijau iaitu warna bendera negara itu.

“Di Malaysia kita biasa de�ngan pemandangan bangunan pejabat di sepanjang jalan tetapi di sana semua bangunan itu dihalang pemandangan dengan pembinaan benteng, mungkin untuk mengelakkan habuk. Marrakesh adalah bandar terancang dan terkenal sebagai destinasi pelancongan yang paling ramai dikunjungi pelancong asing.

“Rupa bentuk bangunan luarnya biasa saja tetapi hiasan dalaman amat mengagumkan. Dinding dan syiling, dihiasi ukiran yang tinggi hasil seninya. Negara itu memang terkenal dengan kraftangan yang halus dan bermutu tinggi.

“Di Marrakesh saya banyak berjalan melihat pemandangan dan tidak banyak membeli belah. Ada juga saya beli sedikit cenderahati kraftangan sebagai kenangan, barang hiasan rumah iaitu cermin besar, pinggan berukir dan mangkuk buatan tangan. Penduduk di sana gemarkan warna terang,” katanya.

Tambah Siti, suaminya sempat bersolat Jumaat di sebuah masjid lama yang berusia beribu tahun. Paling Siti tidak lupakan apabila mereka me�nginap di hotel yang terkenal di sana iaitu Hotel La Mamonia.

“Ia salah satu hotel terbaik di negara itu. Dari luar nampak macam kotak, tetapi apabila masuk ke dalam, keindahan hiasan dalamannya mem�buatkan saya terpegun. Sangat cantik.

“Satu malam saya dan suami mahu menikmati makan malam di sebuah restoran yang sangat terkenal. Selepas meletakkan kereta, pekerja restoran yang sedia menung�gu di situ membawa kami berjalan menerusi lorong yang sangat gelap. Dalam hati saya tertanya-tanya, restoran apa sampai kena lalu lorong yang sunyi itu. Dari kawasan meletak kereta adalah sejauh 100 meter untuk ke restoran itu.

“Sebaik saya masuk ke restoran itu, ‘wow’ dalamnya macam istana. Sukar saya mahu gambarkan hiasan dalam restoran itu yang sangat cantik. Mereka sangat mementingkan hiasan dalaman,” katanya.

Di sana juga Siti ke puncak gunung yang bersalji atau disebut amalca. Sepanjang perjalanan ke sana dengan menaiki kereta, dia dapat menyaksikan penduduk tinggal dalam rumah dalam batu seperti gua.

“Kanak-kanak di sana sangat comel dengan kulit yang putih bersih dan pipi mereka merah macam pakai pemerah pipi. Mereka sangat berdikari, kecil-kecil dah berjalan seorang diri. Ada yang tiba-tiba muncul di celah-celah gunung itu,” katanya.

Puas meneroka bumi Marrakesh, Siti dan suami singgah di Dubai selama empat hari menginap di kediaman rakan mereka di sana. Ini adalah kali pertama Siti menjejakkan kaki ke Dubai dan sekali gus menyambut hari jadinya di restoran yang terletak di tingkat 122 dalam bangunan tertinggi di dunia, iaitu Burj Khalifa.

“Di sana semua bangunan mewah dan pusat beli belah yang paling terkenal iaitu The Dubai Mall tak boleh habis dilawati dalam masa sehari kerana sangat besar. Selepas penat berjalan dan membeli-belah, saya dah tak larat nak berjalan ke tempat meletak kereta, nasib baik dalam pusat beli belah itu ada buggy, lalu kami dihantar ke kereta,” katanya.

Jelas Siti, kalau ada kesempatan dia akan berkunjung ke negara itu lagi kerana terpukau dengan keindahannya.

“Dubai misalnya menawarkan segala yang wanita inginkan, tak perlu lagi ke Amerika Syarikat untuk membeli-belah,” katanya.

Catat Ulasan

3 Ulasan

jerit kat sini