Cisss...Bengong Omputih Ni!!

Cisss...Bengong Omputih Ni!!

Loading...
Ciuman Pertama Dari Askar Gay US – Meloyakan!


Brandon yang baru pulang dari bertugas di Afghanistan mengenali Dalan melalui internet sejak empat tahun lalu dan tidak pernah bertemu ekoran dihantar kerajaan untuk bertugas di negara luar itu.

Tidak dapat menahan perasaan ‘rindu’, Brandon mendakap erat Dalan sekembalinya dari tugasan tersebut dan bibir mereka bertaut rapat untuk pertama kalinya dikhalayak ramai.

“Kami tak mampu mengeluarkan kata-kata ketika itu, tangannya seolah-olah kebas, kaki saya pula mengeletar, itulah ciuman pertama kami selepas menyedari tentang perasaan masing-masing,” kata anggota tentera tersebut.


Keintiman pasangan gay tersebut menjadi buah mulut masyarakat dunia setelah aksi tersebut dirakam dan disebarkan melalui laman Facebook oleh rakan mereka, Dave Lewis, menarik perhatian media untuk menyiarkan gelagat kedua pasangan songsang itu.

Peliknya, Brandon mendakwa dia menerima beribu-ribu komen positif, termasuk dari ibubapanya dan lebih 10,000 orang telah menekan butang ‘likes’ pada aksi panas tersebut.

“Kebanyakannya memberikan ucapan tahniah dan terkejut dengan cinta saya itu. Ibu saya gembira melihat saya gembira, ibubapa saya memang sangat gembira,” kata Brandon yang dipetik dari media antarabangsa, Dailymail.uk.com, hari ini.

Aksi pasangan gay itu bagaikan mengungkap kembali insiden pasangan lesbian yang membabitkan anggota tentera, pegawai kelas kedua Marissa Gaeta dari Carlifornia dan pegawai kelas ketiga, Citlalic Snell dari Los Angeles.

Kedua pegawai tentera wanita US itu mencetus kontroversi apabila menjadi pasangan lesbian pertama berbalas ciuman pertama sekembalinya dari tugasan di luar negara.

Penulis tidak dapat bayangkan apa yang akan terjadi seandainya budaya yang dikatakan ‘hak asasi dan kebebasan manusia’ itu dibawa masuk dan dibenarkan di negara kita ini.

Apa pula komen anda? –
Giler Ape...




Mynewshub.my

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. astaghfirullah hal azim .. jahilnya mereka .. Allah melaknat org yang berkasih sesama kaum ...singgah sebentar petang ari :D followed !

    BalasPadam
  2. memang bengong sungguh spesis ni..jijik!!

    BalasPadam

jerit kat sini