Seronok Sangatkah Jadi Pontianak??

Seronok Sangatkah Jadi Pontianak??

Loading...
Maria Jose Cristina setelah melakukan pembedahan.

Rawatan kosmetik belah lidah, wajah pontianak, implan tanduk kini trend hangat di Barat.

TREND atau obsesi gila!
Itulah yang berlaku sekarang apabila fenomena pelik mengiringi dunia kecantikan plastik yang kini beralih kepada kegilaan baru - mencacatkan kesempurnaan wajah dengan segala bentuk penampilan pelik yang sama sekali tidak boleh diterima akal.

Buktinya - lidah diubah menyamai lidah cicak, gigi pontianak, hujung telinga tajam seperti karakter ‘Mr Spock’ malah yang terlebih berani, melakukan pembedahan menumbuhkan tanduk di kepala menerusi kaedah implan.

Percaya atau tidak, pembedahan seumpama itu semakin mendapat sambutan menyebabkan doktor yang sebelum ini sibuk dengan usaha mencantikkan wajah kini beralih haluan kepada teknik mencacatkan rupa.

Meraih populariti menerusi filem dan siri televisyen seperti Twilight, The Vampire Diaries dan True Blood, bukanlah sesuatu yang mengejutkan prosedur bertemakan pontianak dianggap pencetus aliran.

Transformasi merubah wajah menjadi seperti pontianak, misalnya, hanya mengambil masa cuma 20 minit tanpa kesan bengkak atau lebam pada muka. Ia tidak menggunakan pisau sebaliknya cuma sejenis suntikan Selphyl yang menjadikan ketebalan kulit bertambah dalam masa beberapa minggu ketika kolagen baru dan saluran darah terbentuk. Tisu pelanggan sendiri yang melambatkan kesan penuaan secara semula jadi.

p/s  cantik sangat ke??

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. pelik..org nak cantik mereka nak hodoh..pula...agaknya itulah cantik cara mereka...

    BalasPadam
  2. hikh3
    jgn diikut gaya barat ni
    ~kunjungan hari ini :)

    BalasPadam
  3. cantik diorang nih dari persepsi lain....elok2 dah lawa erus jadi alien...hmmmm mintak d jauhkan budaya macam nih dekat malaysia tanah air tecinta nih...

    BalasPadam
  4. seram aje tengok.. elok cantik jd jelik.. zaman makin moden, tp fikiran terus mundur.. tp bagi mereka tentulah perkara itu bagaikan pembaharuan kan..

    BalasPadam
  5. manusia sekarang,semakin canggih dunia,semakin aneh manusia...

    BalasPadam

jerit kat sini