Penafian Zahida Rafik yang mendakwa beliau telah difitnah.

Penafian Zahida Rafik yang mendakwa beliau telah difitnah.

Loading...
Menurut sumber , Pemandu Zahida Rafik sebenarnya telah melarikan wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar kereta dan rumah Zahida. Sebaliknya pemandu tersebut Noor Azman telah melarikan diri hingga ke Batam untuk menghabiskan wang tersebut. Zahida Rafik telah membuat laporan polis atas kehilangan pemandu beliau bersama wang RM200 ribu. Noor Azman yang takut akibat daripada laporan tersebut telah membuat counter report untuk mempertahankan diri.

 Dan ini adalah penafian Zahida Rafik dan mendakwa beliau telah difitnah.


 Assalamualaikum Warrahmatulallhi Wabarakatuh.

 1.Pada Rabu 18hb April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan satu dakwaan bahawa seorang menteri telah memberi wang sebanyak RM 1.4 Juta kepada saya selama 4 bulan (Oktober, November, Disember dan Januari). Ia adalah susulan daripada kes pemandu peribadi saya yang melarikan wang saya sebanyak RM 200 Ribu.

 2.Untuk pengetahuan umum, saya melakukan perniagaan penjualaan kereta import bersama abang ipar saya serta perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang angkat saya. Semua penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah benar tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang MENTERI yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin kepada umum.

 3.Saya mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan kerana bagi saya perniagaan sendiri lebih menguntungkan untuk hidup yang lebih sempurna. Ini adalah satu tanggapan yang serong terhadap saya dan keluarga kerana pertuduhan ini dapat menjejaskan karier perniagaan saya serta kehidupan seharian saya sebagai rakyat Malaysia. Mengikut undang-undang Malaysia, akta BAFIA 1989, mana-mana individu, syarikat atau juga badan kerajaan mahupun bukan termasuklah institusi kewangan (bank), dilarang sama sekali untuk mendedahkan mana-mana akaun peribadi, syarikat atau mana-mana badan badan kerajaan mahupun bukan kerajaan kepada UMUM dan SEKIRANYA ini terjadi, maka si PELAKU boleh dikenakan tindakan mahkamah.

 4.Mengikut akta tersebut juga, akaun kewangan seperti ini hanya boleh didedahkan dengan perintah HAKIM. Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk mendakwa Ahli Parlimen Ampang di mahkamah kerana mendedahkan akaun peribadi saya serta menfitnah saya berhubungan sulit dengan seorang MENTERI yang dikaitan bagi membersihkan nama baik saya serta keluarga saya.

 Sekian, terima kasih.
 Wassalam.
Zahida Rafik
20hb April 2012.

 sumber:http://www.pisau.net/2012/04/dakwaan-menteri-belanja-zahida-rafik-rm.html#
Baca juga Entry berkaitan

p/s  harap2 kes tersebut cepat selesai...

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. wowww...
    bila orang 'bijak' berniaga... tambah lagi 'pandai' undang-undang... jangan main-main campur-aduk dengan hal politik...
    jangan main-main... nanti susah lorrr...

    BalasPadam
  2. tu la..harap2 kekliruan ini cepat terlerai...umpama menarik rambut dalam tepung,rambut tak putus,tepung tak berselerak

    BalasPadam

jerit kat sini