ULIK MAYANG VS JIN.BACA!!

ULIK MAYANG VS JIN.BACA!!

Loading...
Pertanyaan daripada Nurr Witaa..

Knp org yg lemah smgt sering di ganggu walaupun sudah di ubat berulang kali..??? Terutama jika bekerja pada waktu malam. kebetulan berdekatan dgn pantai. kadg2 boleh kedengaran suara perempuan menyanyi lagu, ulek mayang. bila di ikut nyanyi, ia akn ketawa. boleh terangkan masalahnya?”

“Sy ingin memberikan lebih maklumat di samping boleh mendapat penerangan dgn lebih lanjut. Mengenai kedengaran suara perempuan tersebut, ad cba di ingatkan diri jangan ikut menyanyi. tapi….. mulut ni tetap akan ikut menyanyi. bila di tanya pada rakan, mereka tidak dgr apa2 pun. Boleh dikatakan hanya dirinya boleh mendengar suara pempuan berkenaan menyanyi dan melihat makhluk jika di ganggu..

suara tersebut kerap kedengaran bila kerja pd waktu malam. sudah jenuh kali berubat tapi kurang npk keberkesanannya. Diri nya baru shj berubat ekoran drpd kejadian yg baru2 ni. Di katakan dirinya turut terkena buatan org selain di ganggu kerana lemah smgt.

Tetapi dia seakan tidak percaya terkena buatan org. Bagaimana untuk menunjukannya bhw benda tersebut adalah benar??? Malah apabila sering di ganggu, Sehingga ada yg menumpg terlalu lama di dlm bdn. Adakah itu yg m’jd fktor kerana sering di ganggu akibat tertinggalnya kesan dalam diri nya…???? Setiap minggu kitab2 suci turut di baca di samping mendapat parlindungan dari Allah S. W. Apa yg patut di lakukan lagiii???


Melodinya sangat menarik.. begitu juga dengan liriknya.. bila dengar je lagu ni, terus badan rasa nak bergoyang2 mengikut alunan muziknya.. jari-jemari pun terasa nak melentik2 (feeling ala2 penari tradisional).. namun, maksud di sebalik lagu ini bukanlah semata2 lagu, bahkan ia ada kaitan dengan perkara lain.

Kisah Ulek Mayang ni bermula dengan kisah seorang nelayan yang menangkap ikan di tengah laut.. Tiba2 datang ribut dan nelayan tersebut telah memuja semangat penunggu laut.. lalu beliau diselamatkan oleh beberapa orang puteri laut (jin laut) dan mereka telah jatuh cinta kepada nelayan ni. Namun, oleh kerana berbeza dunia, mereka terpaksa menghantar nelayan tersebut balik ke pantai.

Nelayan tersebut telah tidak sedarkan diri (kerana puteri2 itu enggan melepaskannya) lalu dirawat oleh seorang bomoh menggunakan mayang kelapa. Bomoh tersebut terpaksa menyeru semangat2 yang lain untuk membantu sehinggalah datang Puteri Sulung (adik beradik dengan puteri2 laut tadi) dan menyuruh adik2nya balik ke tempat asal.. sebagai penghargaan, maka puteri2 itu dijamu dengan pulut kuning yang dalam upacara semah (memberi makan jin laut). Kisah ini dikatakan berlaku lama dulu iaitu sebelum kedatangan Islam.

Bila Islam datang, maka upacara2 khurafat ini telah ditinggalkan.. namun, masih ada segelintir masyarakat yg tak berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar, masih mengamalkan upacara Ulek Mayang ini terutama bagi golongan nelayan, kononnya untuk meminta bantuan jin laut melindungi mereka semasa turun ke laut menangkap ikan..

Begitulah serba-sedikit kisahnya yang Ustaz Love tahu.. mungkin ada salah silapnya.. tapi, bagi Ustaz Love, itu agak kurang penting berbanding mengetahui yang amalan tersebut bersangkut-paut dengan amalan khurafat.


Berikut adalah lirik bagi lagu Ulek Mayang :

Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat
Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam
Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh
Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala


Kalau diperhatikan rangkap akhir tersebut, dinyatakan ayat “ku tahu asal usulmu”.. ia biasa digunakan dalam perawatan perbomohan kononnya dengan menyatakan kita tahu asal usul seseorang itu, maka kita mampu untuk mengawal tingkah lakunya.. macam manusia juga, ada yang selalu sebut “aku tahu la kau dulu macam mana” ataupun “jangan kau ingat aku tak tahu kau tu siapa” dsb, maka ia memberikan gambaran orang yang mengatakan perkara itu tahu akan kelemahan2 dan aib seseorang yang menyebabkan orang itu tak berani nak buat bukan2 dan mengikut saja arahannya. Ustaz Love tak pasti sejauh mana keberkesanannya, tapi biasanya Ustaz Love baca dalam buku2 cerita hantu, memang biasanya digunakan ayat “aku tahu asal usulmu” tu.


Berbalik kepada masalah saudari tadi..
Seseorang yang mengalami masalah gangguan jin, saka dsb dan telah mendapatkan rawatan, biasanya tubuh badannya masih lemah.. ia tidaklah seperti kita terkena tahi yang melekat kat kaki.. lepas basuh tahi tu akan hilang dan takde kemungkinan tahi tu akan muncul balik kat kaki (kecuali la kalau kita terpijak tahi sekali lagi). Rawatan bagi gangguan makhluk jin ini sangat memerlukan kekuatan luar dan dalam.. iaitu rawatan daripada perawat (pengamal perubatan Islam) dan juga rawatan dalaman yang dilakukan oleh pesakit sendiri.

Even kalau kita sakit fizikal spt kecederaan pun takkan mudah nak sembuh sekiranya kita hanya bergantung pada rawatan luaran yang dilakukan oleh doktor tanpa mengambil peduli tentang pengambilan ubat dan menjaga pemakanan semasa proses rawatan. Akhirnya, mungkin kita terpaksa berjumpa doktor berulang-kali disebabkan penyakit tak sembuh2.. mungkin juga kita bakal mendapat penyakit yang lain disebabkan jangkitan kuman dsb.. akibat daripada sikap tak peduli kita dalam menyembuhkan penyakit yang asal.


Apabila gangguan jin telah dikeluarkan, kemungkinan untuk pesakit itu mendapat gangguan yang sama adalah lebih tinggi berbanding mereka2 yang tak pernah terkena gangguan.

Ini kerana, bila jin itu keluar, ia meninggalkan satu tempat yang boleh dimasukinya bila2 masa.. macam sebuah dinding yang tiada apa2 lubang, agak susah nak pacakkan paku melainkan kita kena ketuk paku tu untuk membuatkannya melekat.. tetapi, bila paku itu ditanggalkan, ia akan meninggalkan kesan lubang dan agak mudah kalau kita nak pacakkan paku (tak perlu nak ketuk2 dah).

Cuma paku itu takkan melekat kuat pada dinding dan boleh dicabut menggunakan tangan tanpa perlu menggunakan mertun (hammer).


Sebab itulah, bila paku dikeluarkan, perlu disumbat serbuk penyumbat dalam dinding tersebut supaya dinding tak nampak cacat dan mudah untuk mengubahsuai ke bentuk asal..
Bagi mereka2 yang telah melakukan rawatan, maka sangat penting untuk menutup kesan2 peninggalan makhluk dalam badan dengan cara menjaga amal ibadah. Amal ibadah adalah benteng yang kukuh dalam menghalang kejahatan makhluk2 ini.

Lagi tebal baju yang kita pakai, lagi hangat tubuh badan terasa dan ia sangat membantu menjaga tubuh badan terutama ketika cuaca sejuk.. kalau kita berbogel je dalam cuaca sejuk, maka sangat mudah kita akan merasai kesejukan, mengalami reput frost dan kegagalan organ dalaman.. Begitu juga dengan rohani kita.. makin banyak kita melakukan amal ibadah yg sunat (tak lupa menjaga yang wajib), maka lagi kuatlah pertahanan tubuh kita daripada serangan makhluk2 ini.


Tak dapat dinafikan, ada juga mereka2 yang kuat beribadah, tapi masih lagi menerima gangguan seperti ini.. Itu semua kita kena kembalikan kepada Allah.. segalanya berlaku dengan izin Allah.. jika Allah tak izinkan, takde apa2 yang akan berlaku.. begitulah juga sebaliknya.
Cadangan Ustaz Love, jika berlakunya perkara seperti itu, cubalah minta kepada boss untuk bertugas pada waktu siang.. Waktu malam memang waktunya jin2 berkeliaran.. sbb tu Nabi s.a.w. suruh tutup pintu dan tingkap serta panggil anak2 masuk bila dah masuk waktu Maghrib.. sbb waktu malam memang waktu makhluk2 ini bergiat cergas. Jadi, sangat tak membantu sekiranya tubuh masih lemah, bertugas pulak waktu malam.. dekat tepi pantai plak tu.


Kebiasaannya jin yang mengganggu di kawasan pantai ini adalah kategori jin laut (kira jin2 otai la) dan teknik pengacauannya agak lebih advance berbanding jin darat.. itu yang dia boleh menyamar jadi puteri la, jadi duyung la dsb.. hakikatnya mereka semua bukanlah manusia. Dan oleh kerana lagu Ulek Mayang itu agak sinonim dengan jin laut (sbb asal liriknya juga berkaitan jin laut), maka ia juga boleh mengganggu dengan menggunakan lagu tersebut.. apatah lagi liriknya itu ada unsur2 pemujaan.


Jadi, bila telinga tiba2 terdengar lagu Ulek Mayang ini, banyakkanlah beristighfar dan beristi’azah (membaca A’uzu billahi minas syaitonir rajim) serta membaca ayat2 pelindung seperti ayat Kursi.. dan jangan lepaskan mulut daripada membaca ayat2 al-Quran dan zikir.
Permulaan gangguan seperti ini memang biasanya akan dihadirkan lagu tersebut di telinga kita.. kemudian kita pun terikut nak menyanyi sekali.. kemudian kita pun jadi mamai (asyik dengan nyanyian pemujaan itu).. maka ketika itu, kita telah membuka pintu untuk makhluk2 ini masuk merasuk. Sebab hati dah lalai, otak dah kosong daripada mengingati Allah, maka makhluk ini akan mengambil tempat mengawal pemikiran kita.


Kita dituntut pada setiap masa untuk berada dalam ibadah.. tak kira la ibadah yang khusus ke (spt solat, puasa, zikir dsb) atau ibadah yang umum (spt bekerja dengan niat kerana Allah, menolong orang kerana Allah dsb).. apabila kita sentiasa berada dalam ibadah, bermakna kita sentiasa berada di dalam benteng pertahanan. Sangat dituntut bagi mereka2 yang mengalami gangguan2 seperti ini untuk kekal berada dalam wudhuk.. Kalau terkentut, cepat2 ambil wudhuk.. tak kira la dalam keadaan suci ataupun haidh, boleh berwudhuk.. cuma masa haidh tu tak boleh la nak solat..

Persoalan pasal pembuktian perkara ini secara zahirnya agak sukar.. sbb ia melibatkan gangguan rohani.. kalaulah boleh dibuktikan, dah tentu doktor itu menjadi orang pertama yang dapat scan kewujudan jin yang mengganggu tubuh badan manusia. Persoalan pembuktian ini adalah perkara kedua.. perkara pertama yg lebih perlu untuk dilakukan adalah untuk mengubati penyakit itu. Jumpalah pengamal perubatan Islam dan mintalah nasihat daripadanya.. sebab perawat yg merawat secara khusus itu lebih mengetahui apa amalan yang perlu dilakukan bagi pesakit tertentu yang mengalami simptom2 tertentu..


Akhir sekali, Ustaz Love nasihatkan agak menjaga betul2 akan batasan syariat.. tutup aurat dengan sempurna, hindari pergaulan bebas dengan berlainan jantina, jaga solat di awal waktu, banyakkan membaca al-Quran, zikir dan doa, banyakkan bersedekah, lakukan puasa2 sunat (spt puasa Isnin dan Khamis) dsb.. bila kita jaga perintah Allah, maka Allah akan jaga kita.. bila Allah dah jaga kita, takde sapa pun boleh nak memberi mudarat kepada kita..


Apa pun, Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan jalan keluar buat mereka2 yang terkena gangguan2 seperti ini.. ingatlah, sekuat mana pun makhluk yg mengganggu, mereka masih lagi hamba kepada Allah.. jika ada anjing yang menyalak kita, dia takkan diam jika kita baling batu ke, buat muka garang ke dsb.. sebaliknya jumpalah dengan tuan anjing itu untuk mengawalnya.. begitulah juga jika kita mengalami gangguan2 ini, mintalah pertolongan daripada Allah, pemilik makhluk manusia dan jin serta seluruh kejadian alam ini.



ustazlove.com

Catat Ulasan

0 Ulasan