Inilah Tarikan Utama Restoran Ini,Tak Percaya??Lihatlah!!

Inilah Tarikan Utama Restoran Ini,Tak Percaya??Lihatlah!!

Loading...
Ayam & Lembu Awet Tarikan Utama Restoran


Pelukis yang terkemuka di peringkat antarabangsa, Damien Hirst telah mencipta sebuah hasil seni yang sangat unik apabila dia telah mengawet seekor lembu spesis Hereford dan seekor ayam jantan di dalam sebuah tangki berkaca.

Hasil seni itu diletakkan di tengah-tengah ruang makan sebuah restoran di London.

Karya yang diberi nama ‘Cock and Bull’ itu diletakkan di atas sebuah menara empat meter dari aras meja makan di restoran Tramshed, iaitu sebuah retoran yang menghidangkan steak dan ayam panggang sahaja.

Hasil karya itu adalah lanjutan dari ‘Hirst’s Natural History’ iaitu koleksi yang mengumpulkan haiwan-haiwan yang telah diawet sejak tahun 1991 dan koleksi itu merupakan antara karya terkenal Hirst.

Selain itu, Hirst juga telah melukis sebuah lukisan yang diberi nama ‘Beef and Chicken’. Ia menggambarkan watak-watak kartun tahun 90-an dan digantung di dalam restoran itu.

Di tingkat bawah tanah pula telah ditempatkan ‘Cock and Bull Gallery’ iaitu sebuah galeri pameran yang akan bertukar hasil karya di dalamnya setiap enam minggu.

Menurut pemilik restoran dan juga chef di restoran itu, Mark Hix, restoran yang baru dibuka itu dijangka akan mendapat tempat di hati penduduk London apabila pemilik restoran itu menggunakan konsep yang berbeza dari restoran-restoran yang telah beroperasi sebelum ini.






Sumber & foto: Relaxnews/AFP/Reuters

Catat Ulasan

0 Ulasan