Haa...Kan Farith Ismeth Dah Berbunyi....

Haa...Kan Farith Ismeth Dah Berbunyi....

Loading...
Farid Ismeth: 'Saya tak pernah jumpa Rosmah'
Farid Ismeth yang ditemu bual wartawan RTM mendakwa beliau sudah muak dengan dakwaan kaitan dengan Rosmah Mansor. – Foto ihsan blog Zam Zarina Zambri

SHAH ALAM - Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) dikenali ramai, Farid Ismeth Emir menegaskan, beliau tidak pernah bersua muka dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor walaupun banyak pihak mengaitkan dengannya.

“Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau (Rosmah) secara peribadi, tak pernah. Dari akhbar, kita tahulah kan, kita mestilah menghormati seorang perdana menteri kan? Itu saja. Tidak pernah, demi ALLAH tidak pernah," kata beliau.

Ketika ditanya bagaimana beliau dikaitkan dengan Rosmah, Farid Ismeth berkata, "itu yang menjadi tanda tanya. Dari mana sumber kan?"

"Anak lelaki saya, anak perempuan saya (pun) tanya, ayah macam mana cerita Rosmah muncul. Pernah juga mereka tanya betulkah bapa pernah kahwin dengan Datin Seri. Saya kata saya tidak pernah.

"Sebenarnya tidak ada apa-apa, mereka sudah besar sekarang, sudah tentu mereka faham," kata Farid Ismeth sambil menambah, beliau sebenarnya tidak boleh muncul di "luar untuk membuat penafian."

"Perkara ini sudah lama dah, sudah 11 tahun, saya pun sudah muak. Balik balik itu, balik balik itu (cerita) yeah," kata beliau dalam temu bual dengan pengacara RTM, Zam Zarina Zamri.

Sehubungan itu, kata Farid Ismeth, beliau memang melalui kehidupan yang sukar apabila dikaitkan dengan Rosmah.

Kata beliau, spekulasi mengaitkan dirinya dengan Rosmah membuatkan dirinya malu, tertekan dan memendam rasa terutamanya apabila berhadapan dengan orang ramai.

Beliau juga berkata, gosip seumpama itu boleh dikaitkan dengan mana-mana pihak, antaranya golongan artis tetapi tidak harus dilontarkan ke atas perdana menteri.

"Sama ada kita suka atau tidak, kita kena menghormati perdana menteri. Sebab beliau adalah perdana menteri kita. Kalau benda betul, okey tetapi kalau benda tak betul, ia sangat tidak baik," katanya lagi.

Sambil mengakui tertekan dengan dakwaan ini, beliau berkata: "Saya tertekan sejak isu ini dikaitkan dengan diri saya, tapi saya terpaksa berdiam dan simpan semuanya."

“Bila saya menghadiri kenduri, ada saja orang yang akan berbisik-bisik melihat saya. Saya tahu perkara apa yang sedang mereka bisikkan,” kata Farid Ismeth, yang turut menjelaskan bahawa beliau kadangkala takut untuk keluar kerana isu tersebut.

Bagaimanapun jelas Farid Ismeth, beliau bersyukur kerana memiliki isteri yang memahami dan tidak mudah melatah apabila berita itu tersebar.

“Isteri sangat memahami siapa saya," katanya sambil menambah, "saya katakan, saya hormati beliau dan saya sokong beliau kerana beliau seorang yang ada intergriti."

Catat Ulasan

0 Ulasan