PPeerrgghh...Pengacau Olimpik kena tampar oleh Atlit Judo Wanita

PPeerrgghh...Pengacau Olimpik kena tampar oleh Atlit Judo Wanita

Loading...
LONDON - Pengacau yang membaling botol ke dalam trek olahraga ketika menyaksikan perlumbaan akhir 100 meter lelaki Sukan Olimpik kelmarin, sempat ditampar sekali sebelum diberkas polis.
Bukan sesuatu yang bijak apabila perbuatan penonton berkenaan dilakukan di sebelah Edith Bosch, atlet judo wanita dari Belanda (gambar) yang baru memenangi pingat gangsa di Temasya London.

Bosch menampar lelaki tersebut sebelum dia dibawa keluar oleh Polis Metropolitan dari Stadium Olimpik.

Ashley Gill-Webb, 34, yang dihadapkan ke mahkamah Magistret Stratford semalam, mengaku tidak bersalah. Dia dibenarkan ikat jamin secara bersyarat dan perlu menghadapi perbicaraan di Mahkamah Magistret Thames pada 3 September.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Temasya London 2012, Sebastian Coe mengesahkan pihaknya mengenakan polisi 'tiada toleransi' kepada mereka yang cuba mengacau kelancaran proses temasya berlangsung.

"Mencampak botol ke dalam trek sama sekali tidak boleh diterima, bukan sahaja di Olimpik, malah dalam mana-mana acara sukan.

"Lelaki itu telah dihalau serta merta dan andai insiden yang sama berulang, penonton tidak bertanggungjawab itu juga akan dihalau.

"Bukan saya sokong vigilantism (mengambil tindakan sendiri untuk menghukum pesalah), tetapi memang padan muka lelaki itu kerana duduk di sebelah seorang atlet judo," kata Coe. - REUTERS

p/s padan muka

Catat Ulasan

0 Ulasan