Kesian Emelda Marcos,Kesemua Koleksi Kasutnya Terendam Banjir

Kesian Emelda Marcos,Kesemua Koleksi Kasutnya Terendam Banjir

Loading...
Koleksi kasut Imelda Marcos berjumlah tak kurang dari 3000 pasang.

Ratusan kasut dan benda-benda peninggalan Imelda Marcos, isteri bekas orang kuat Filipina Ferdinand Marcos, rosak kerana ribut dan dimakan anai-anai.


Kasut, beg, dan pakaian tersebut dijemur setelah dibiarkan begitu saja tak terawat di Istana Presiden dan kemudian di Muzium Nasional di Manila.

"Kami berupaya menyelamatkan benda-benda ini," ujar Orlando Abinion, kurator di Muzium Nasional, kepada agensi berita AP, hari Minggu (23/09).


"Barang-barang milik Imelda Marcos rosak, baik kerana cendawan maupun rayap, terutama dalam setahun terakhir," jelasnya.


Imelda Marcos dan suaminya melarikan diri ke Amerika Syarikat selepas  perlawanan rakyat yang mengakhiri kekuasaan Marcos pada 1986.
Ferdinand Marcos meninggal dunia di pengasingan di Hawaii pada 1989.


Nilai sejarah
Isteri dan anak-anaknya kembali ke Filipina beberapa tahun kemudian.
Barang-barang milik keluarga Marcos, termasuk busana, benda seni, dan kasut yang berjumlah tak kurang dari 1.220 pasang tidak terbawa ketika mereka melarikan diri.



Abinion mengatakan sangat sayangkan baju-baju milik Imleda Marcos rosak.
"Imelda mengenakan baju-baju tersebut dalam pelbagai acara penting dan kerana itu mempunyai nilai sejarah," katanya.


Imelda Marcos, yang sekarang aktif di dunia politik dan menjadi ahli parlimen tidak boleh dihubungi


Koleksi legenda kasut Imelda menjadi perhatian dunia kerana dianggap sebagai simbol gaya hidup mewah keluarga Marcos di saat banyak rakyat Filipina yang hidup miskin.


Pengganti Ferdinand Marcos, ikon demokrasi Corazon Aquino, menuduh Ferdinand Marcos mencuri berbilion-bilion dollar wang negara ketika berkuasa selama 20 tahun.










Catat Ulasan

0 Ulasan