Lelaki Amerika merasa puas hati apabila dapat menyapu di Rumah Allah SWT

Lelaki Amerika merasa puas hati apabila dapat menyapu di Rumah Allah SWT

Loading...

Seorang lelaki amerika yang telah memeluk Islam, meminta penyapu daripada tukang sapu yang berkerja membersih Masjid Al-Haram Mekah untuk membersih Masjid Haram

petugas tersebut tidak membenarkan warga amerika tersebut melakukan demikian, warga amerika Muslim tersebut mengeluarkan sedikit wang dari poketnya dan diberikan wang tersebut kepada tukang sapu tersebut, maka tukang sapu tersebut menyerahkan penyapu kepada warga amerika yang Muslim, lalu warga amerika yang Muslim tadi menyapu lantai Masjid Haram Mekah dengan penuh perasaan dan keimanan, setelah puas hati dia membersihkan sebahagian lantai Masjid Haram, dia menyerah kembali penyapu tersebut kepada tukang sapu yang bertugas. Warga amerika tersebut telah berpuas hati kerana dapat berkhidmat pada Rumah Allah SWT walau seketika sahaja.

Begitulah sucinya insan yang berhati mulia, dunia Islam kini tidak lagi mementingkan amal kebajikan tetapi kebanyakkanya mementingkan wang dan upah sahaja, hanya sedikit sahaja golongan yang sanggup berkhidmat secara percuma kepada Rumah Allah SWT.


p/s  Untuk melihat fenomena macam ni tak payah pergi jauh,kat M'sia ni apa kurangnya..tengok sajalah disurau-surau...rumput/lalang panjang,didalamnya penuh ngan tahi cicak..berapa kerat sangat lah yang sudi dengan rela hati membersihkannya...

kalau ada pun hanya segelintir,....

Mesin rumput pun tunggu orng beri upah,kalau nak buat ikhlas hati payah nampaknya...macam2 alasan..kerjalah,kos petrol la,x ada masa la...ntah la...susah nak cakap...

Catat Ulasan

0 Ulasan