Mengapa Restoran Mamak Sangat Popular ?

Mengapa Restoran Mamak Sangat Popular ?

Loading...

Kenapa restoran India muslim atau dikenali sebagai Mamak di negara kita cukup popular terutama sekali apabila bercerita mengenai masakan dan gerai-gerai mamak yang bukan sedikit wujudnya di Malaysia.

Apakah kekuatannya?



Masyarakat mamak atau disebut ‘mapley’ di Malaysia adalah keturunan Tamil-Muslim yang berwarganegara Malaysia.

Berabad dahulu, masyarakat India Muslim ini kebanyakkannya berhijrah dari India Selatan ke Semenanjung Tanah Melayu dan pelbagai lokasi di Asia Tenggara.

Kehadiran masyarakat India Muslim yang dianggap sebahagian daripada masyarakat India Malaysia ini melengkapkan lagi perpaduan kaum di negara kita.

Sama seperti penerimaan golongan ini ke Malaysia, begitu jugalah makanan mamak yang disajikan.


1. Beroperasi 24 jam

Carilah diceruk manapun, pasti gerai dan restoran mamak ini sentiasa beroperasi 24 jam.

Mungkin ini juga penariknya mengapa masakan mamak semakin diterima pelbagai golongan.

Dan tidak keterlaluan jika dikatakan ada juga yang ‘ketagih’ dengan makanan mamak.

Suatu ketika dahulu, orang India Muslim hanya berniaga nasi kandar secara kecil-kecilan di tepi-tepi jalan dan kemudiannya menawarkan minuman.

Ia kemudiannya dikembangkan kepada gerai yang lebih besar sehingga ke konsep restoran serta mempelbagaikan hidangan dengan operasi 24 jam.



Presiden Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed berkata, perniagaan restoran mamak mampu memperoleh pendapatan lumayan berdasarkan usaha gigih seseorang pengusahanya.

Industri restoran mamak mampu menjana ekonomi kira-kira RM8 bilion setahun berdasarkan kajian terhadap lebih 7,500 restoran mamak di negara ini.

Konsep makanan sepanjang masa pada harga berpatutan menjadi kunci utama kepada kejayaan tersebut.

2. Trend budaya masyarakat baru

Kewujudan restoran atau kedai makan yang beroperasi selama 24 jam sehari bukan sekadar menyediakan kemudahan pengunjung untuk mengisi perut yang lapar, tetapi fungsinya kini lebih daripada itu apabila turut dijadikan tempat bertemu, melepak dan mengadakan perbincangan dengan kenalan.

Kini, impaknya lebih drastik apabila turut disediakan perkhidmatan wifi yang membolehkan mereka online secara percuma walaupun hanya sekadar minum segelas teh tarik.

Suasana di restoran ini ‘hidup’ sepanjang hari tanpa mengira siang mahupun malam.



3. Selera pengguna

Dulu, masakan dan gerai-gerai mamak lebih popular di Pulau Pinang sahaja di mana cukup terkenal dengan nasi kandar.

Namun kini, pengusaha restoran mamak lebih cekap memahami selera dan citarasa pengguna serta mengikuti trend dan pasaran semasa.

Daripada nasi kandar, makanan berlauk dan bergoreng, makanan ringan, hidangan Asia serta Barat sehingga ke pastri dan kek, semunya tersedia di sini mengikut selera pelbagai golongan pelanggan yang terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah sehingga melibatkan orang kenamaan yang melibatkan masyarakat berbilang bangsa.

Pensyarah Antropologi Sosial di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Sarjit S. Gill, berkata, kewujudan restoran mamak 24 jam ini berjaya mengumpul masyarakat majmuk di negara ini.

Ia menggambarkan kehadiran restoran mamak 24 jam ini sebagai salah satu faktor yang menggalakkan pembentukan budaya masyarakat baru yang mengalami evolusinya yang tersendiri.




Sumber : JomBerita

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Kak yti.ada sesetgh kedai mamak ni makanan mahai..huhu..sepinggn nasik buh ayam sayuq sikit dah dekat 10 ringgit..yang best tu pasai ada wifi ja..

    BalasPadam
  2. @hitomi lavender
    akak pun pernah gak terkena..mmg mahal..kdg2 serik nak masuk lagi..tapi bila duk ingatkan roti tempayan tu..belasah gak

    BalasPadam
  3. nasi kandar mmg mahal tapi puas sebab sedp sangat..hana kalau naasi kandar mmg kuah campur lebih.haha

    BalasPadam
  4. sampai skrg pun leeza tak faham knp leeza uska lepak mamak. haaaaa

    BalasPadam
  5. hana,leeza..baru malam tadi akak ngan hubby lepak kat kedai mamak,pekena roti sardin ngan teh O...uhuk...best

    BalasPadam
  6. mudah sket la.. tp kdg ad yg mahal sgt... smpai takut den.. tp nk persoal dah jd lain pulak tb2 kan.. hehe

    mamak ni sng 24 jam he.. hehe

    BalasPadam
  7. 24hr, byk pilihan, service cepat, tp......kena tengok jugak tau. Kalay mamak tkda hidangan lembu, maknanya bukan benar2 islam yeppppp. Ini fakta

    BalasPadam
  8. @Cinta Misteri
    hhmm..betul juga..cuma yg pelik..mamak ni time kira..laju giler,guna jari jer...terer

    BalasPadam
  9. deno suka tea peng kedai mamak! terbaik! :)

    BalasPadam
  10. @deno

    mmg sedap,tapi akak kurang sket minum susu manis,akak lebih suka teh O ais..

    BalasPadam

jerit kat sini