Ulat Yang Memakan Tubuh Nabi Ayub menjadi lintah dan lebah

Ulat Yang Memakan Tubuh Nabi Ayub menjadi lintah dan lebah

Loading...
                                  

Ketika badan Nabi Ayub a.s sudah tidak ada lagi daging,ulat-ulat di dalam badannya kemudian saling makan diantara satu sama lain sehingga hanya tinggal dua ekor ulat lagi yang berpusing-pusing mengelilingi badannya bagi mencari daging yang tinggal,tetapi yang tinggal hanya lidah dan hatinya.Seekor daripada ulat itu mula memakan hatinya dan seekor lagi mula memakan lidahnya.

Pada saat itu, Nabi Ayub berdoa kepada Allah lalu berkata : “ Ya Allah, Sesungguh aku telah ditimpa musibah yang dasyat sedang Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.”

Kata-Kata atau tindakan Nabi Ayub itu tidak termasuk dalam keluh kesah dan tidak juga termasuk keluar dari golongan orang-orang yang sabar.Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Sungguh Kami dapati bahawa dia adalah dari orang-orang yang bersabar.”

Sesungguhya Nabi Ayub a.s itu tidak pernah susah hati terhadap hartanya dan anak-anaknya yang telah dibinasakan kecuali dia merasa khuatir terputusnya zikir kepada Allah.

Maka dia berkata : “Wahai Tuhanku,aku bersabar atas cubaan yang menimpa diriku selama hatiku masih cinta kepada-Mu dan lidahku masih berzikir kepada-Mu, maka aku menjadi tidak sabar terhadap terputusnya kedua-duanya itu sedang Engkau Zat yang paling Kasih Sayang.”

                                       

Diterangkan bahawa Allah memberi wahyu kepadanya yang bermaksud : “Sesungguhnya ada tujuh puluh orang nabi yang meminta ingin menjadi seperti kamu daripada-Ku, dan Aku hanya memilih engkau kerana kemuliaanmu dan ini bentuknya hanya lahiriah sahaja musibah tetapi sebenarnya adalah cinta kasih-Ku kepadamu.”

Sesungguhnya Nabi Ayub a.s merasa susah hati kalau hati dan lidahnya dimakan ulat kerana dia selalu bertafakur dan zikir kepada Allah.Kalau kedua-duanya dimakan ulat,maka dia tidak dapat lagi berbuat demikian kepada Allah.Kemudian Allah menjatuhkan dua ekor ulat itu daripada badannya.Seekor jatuh ke dalam air dan dijadikan lintah yang boleh digunakan sebagai ubat bagi orang-orang yang sakit,manakala seekor lagi jatuh ke daratan dan menjadi lebah yang boleh mengeluarkan madu yang mengandungi ubat bagi manusia

Lalu Malaikat Jibrail datang kepada Nabi Ayub a.s dengan membawa dua biji delima daripada syurga.Kata Nabi Ayub a.s kepad Jibrail: “ Wahai Jibrail,apakah Tuhanku masih ingat kepadaku?”.Jawab Jibrail a.s: “ Ya dan Allah kirim salam kepadamu dan menyuruh kamu memakan dua biji delima ini dan penyakitmu akan sembuh dan daging serta tulangmu akan kembali semula.”

Ketika Nabi Ayub a.s makan kedua-dua biji delima itu,Jibrail berkata kepadanya : “ Berdirilah engkau dengan izin Allah.”Lalu Nabi Ayub berdiri.Jibrail berkata lagi: “Larilah engkau dengan kakimu.”

Nabi Ayub menghentakkan kakinya ke tanah sehingga keluarlah air suam dan dia mandi dengan air itu.Kemudian dia menghentakkan kaki kirinya pula ke tanah lalulah keluarlah air sejuk sehingga dia boleh minum air itu.Lalu hilanglah segala penyakitnya.

Lebih jauh dari itu,badannya menjadi lebih cantik daripada dulu dan wajahnya lebih bersinar daripada bulan purnama sebagaimana Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “ Maka kami terima doanya dan kami hapuskan semua penyakitnya yang membahayakannya dan kami kembalikan semua ahli keluarganya bersama-sama dengannya.”

Wallaualam..

Catat Ulasan

0 Ulasan