BOROS! Isteri Bashar Assad Perhabis RM1.3j Beli Perabot

BOROS! Isteri Bashar Assad Perhabis RM1.3j Beli Perabot

Loading...
LONDON – Isteri Presiden Syria kelahiran Britain, Asma al-Assad membuat kejutan apabila didakwa menghabiskan 270,000 pound (RM1,338.912) untuk membeli perabot, candelier, permaidani dari sebuah kedai eksklusif di London pada Mac lalu secara dalam talian. 

Pendedahan dilakukan Wikileaks kepada The Mail menerusi emailnya, menyebut, Asma, 36, yang digelar sebagai Puteri Diana Timur Tengah itu, bijak menggunakan kecantikan dan kerja-kerja amal untuk mengaburi mata rakyat yang hidup dalam penderitaan akibat perang saudara di negara bergolak itu.

 Wanita Pertama Syria itu, dikatakan membuat pesanan lima candelier berharga 8,800 Pound (RM 43,663) di sebuah kedai perabot mewah di Chelsea King’s Road, barat London untuk kediamannya di Syria. 

Wanita itu kini dikecam dan dibenci rakyat, apabila gagal memaksa suaminya menamatkan pertumpahan darah selepas dipercayai lebih 200 orang awam dibunuh beramai-ramai oleh tentera kerajaannya di kawasan perkampungan di Tremseh, Khamis lalu.

 Dianggarkan lebih daripada 16,000 turut terbunuh termasuk wanita dan kanak-kanak di Syria sejak pemberontakan Mac lalu.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. kak tie, banyak post kak tie tak masuk la dalam dashboard saya, kenapa yek? post yg last sekali 4 minggu yg sudah. Tp kaktie banyak update entry baru kan. Napa yek? Ada masalah ke ke kat blog saya ni ye?

    BalasPadam
  2. @memmetlenggengakak pun perasan...maybe ada masaalah URL kot...kat ping busuk pun macam tu...x tahu nak wat canne..ada sape2 leh tolong x?

    BalasPadam

jerit kat sini