Gari Ghaib Kawal Siti Aishah DiLondon?

Gari Ghaib Kawal Siti Aishah DiLondon?

Loading...
Strok punca mangsa perhambaan dapatkan bantuan
FOTO Aishah dalam simpanan keluarga (kiri) dan gambar rakaman ITV News pada 1997.

KUALA LUMPUR: Polis Britain mendedahkan bahawa mereka baru sahaja memulakan siasatan dan menemubual ketiga-tiga wanita yang ditahan sebagai hamba di London selama 30 tahun itu hari ini.

Menurut laporan AFP, Polis Britain sebelum ini tidak dapat berhubung secara terus dengan ketiga-tiga wanita terbabit kerana masih menunggu kebenaran untuk menemubual daripada pakar trauma.

Komander Steve Rodhouse dari Polis Metropolitan London berkata, kesemua mangsa masih belum ‘ditemubual secara rasmi’ dan kerana itu, mereka masih belum memahami keseluruhan dan kebenaran tuduhan yang kini tersebar di media.

Beliau turut menambah bahawa ketiga-tiga mangsa kini berada di dalam jagaan pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam menjaga individu yang mengalami trauma, dan nasihat daripada pakar amat diperlukan polis dalam menanggani kes ini.

AFP turut melaporkan bahawa sesi temubual telah dimulakan.

Media Britain pula melaporkan oleh kerana tidak mendapat rawatan ekoran strok merupakan punca wanita-wanita terbabit untuk ‘membebaskan’ diri dan memohon bantuan.

Polis Britain percaya bahawa ketiga-tiga wanita terbabit telah diindoktrinasi atau 'brainwash'dan kemungkinan didera secara fizikal namun bukan secara seksual.

Mereka juga dipercayai sesekali dibenarkan keluar dari rumah.

Polis kini sedang cuba untuk memahami “gari ghaib” yang digunakan untuk mengawal ketiga-tiga hamba tersebut.


Peluang tipis untuk bertemu


LONDON: Kamarmahtum Abdul Wahab bertemu dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London, Datuk Seri Zakaria Sulong jam 4.30 petang waktu tempatan pada Rabu untuk berbincang kemungkinan bagi dia bertemu adiknya, Siti Aishah Abdul Wahab.

Bagaimanapun, peluang untuk bertemu dengan adiknya itu dilaporkan tipis dan alternatif bagi pertemuan ialah surat daripada Kamarmahtum yang akan disampaikan kepada Siti Aishah.

Editor Majalah AWANI, Zan Azlee Zainal Abidin yang merupakan anak saudara kepada Kamarmahtum berlepas ke London pada Selasa dalam misi percubaan bertemu dan kemungkinan membawa pulang Siti Aishah.

Siti Aishah, 69, merupakan salah seorang daripada tiga wanita yang diselamatkan polis Britain daripada terus menjadi mangsa perhambaan di sebuah rumah di Lambeth, London.

Siti Aishah dan dua lagi wanita terbabit – seorang warga British dan Ireland berusia 30 dan 57 masing-masing dilaporkan menjadi hamba oleh sepasang suami isteri yang juga merupakan sebahagian daripada mazhab Mao di Britain.


Catat Ulasan

0 Ulasan