Ada Soksek Cerita Politik Selepas Banjir Di Kuantan Reda

Ada Soksek Cerita Politik Selepas Banjir Di Kuantan Reda

Loading...

Ini ada sikit soksek cerita politik selepas bencana banjir di Kuantan reda. Sekumpulan ahli Umno keluar parti bukan kerana tidak dapat roti, tetapi kerana kecewa dengan kelemahan petugas agensi kerajaan mengendalikan isu banjir, di sini, baru-baru ini.

“Bukan sebab roti, tapi rata-rata orang Kuantan, terutama mangsa banjir, berkecil hati dengan kelemahan agensi kerajaan kendali isu banjir," kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, semalam.

Katanya, mereka amat terasa hati apabila kepayahan yang mereka alami seolah-olah dilayan sambil lewa oleh pihak kerajaan.

Fuziah Salleh, yang juga Naib Presiden PKR berkata demikian ketika mengulas punca sebenar ahli-ahli Umno Cawangan Tanah Putih Baru, di sini, bertindak keluar parti dan memohon menyertai PKR.

Beliau berkata, penjelasan demi penjelasan daripada agensi terlibat dalam pengurusan banjir mengguris hati mereka kerana segala yang diperkatakan itu tidak sama dengan keadaan sebenar dihadapi mangsa banjir, di sini.

“Rakyat yang menghadapi kesulitan dengan pelbagai masalah seperti makanan tidak cukup, keperluan yang diperlukan lambat diagihkan dan sebagainya sedangkan mangsa banjir ini amat terdesak.

“Lebih malang lagi kita dapat aduan bekalan makanan dan keperluan ada tetapi tidak diagihkan kepada mangsa di saat-saat mereka memerlukannya,” katanya.

Fuziah berkata, warga Kuantan juga rasa terhina apabila usul beliau di Parlimen meminta darurat diisytiharkan di Kuantan ekoran banjir besar baru-baru ini diperlekehkan.

“Saya cuba bawa usul ini demi kepentingan penduduk Kuantan, tapi ada yang yang mempersoalkan cadangan itu, malah kehadiran saya di Parlimen ketika itu juga disindir,” katanya.

Menurutnya, selepas membawa usul itu, beliau terus ke Kuantan dan sehingga kini bersama-sama menghulurkan bantuan membantu mereka yang terjejas.

“(Seramai kira-kira) 100 ahli Umno ini antara yang sedar dan menghargai segala yang kita buat. Justeru, keputusan mereka keluar parti bukan kerana pujuk rayu, tetapi kerana kecewa.

Fuziah berkata, beliau terkejut apabila kumpulan ini, termasuk seorang pengendali bilik gerakan Umno semasa PRU13 lalu, menemuinya.
sumber: SH
Wa Allahu'alam..

Catat Ulasan

0 Ulasan