PATUNG HAJI DAN HAJJAH DALAM KUIL

PATUNG HAJI DAN HAJJAH DALAM KUIL

Loading...

BANGI, 14 Dis – Lagi penghinaan terhadap Islam, sekeping gambar berhala Haji & Hajah mulai tersebar di internet yang menyerupai seorang muslim dengan imej yang warak dan perempuan yang berhijab dan berjubah.
Gambar yang diperolehi dari Facebook Nadi Rakyat Dot Net Official mendedahkan bahawa berhala itu dibina untuk menghormati orang Melayu Islam.
Dimaklumkan, lokasi berhala itu adalah di Lumut, Perak.
Sebelum ini telah timbul pelbagai kontroversi penghinaan oleh agama lain terhadap Islam.
Pada 8 November lalu, pihak Polis telah menahan seorang remaja lelaki di Bandar Hilir Melaka bagi membantu siasatan berkaitan kes menghina Islam dengan menulis kata-kata mencerca Allah dalam statusnya di laman Facebook baru-baru ini.
Sebelum itu juga, menjelang umat Islam menyambut perayaan Hari Raya Puasa,  sebuah video ’1 Hari di Hari Raya’  yang menghina Islam telah tersebar di internet yang memaparkan seorang lelaki meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya dengn berlatarberlakangkan audio laungan takbir dan lagu raya.
Manakala di ambang Ramdhan pula, ketika umat Islam menjalani ibadah puasa, sepasang kekasih Alvin & Vivian mempersnda Islam dengan memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen ‘Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)… wangi, enak dan menyelerakan’.
Pada gambar berkenaan, kedua-dua mereka turut menulis keterangan gambar seakan-akan menyindir iaitu ‘Izinkan kami memperkenalkan cara kami memupuk semangat 1Malaysia dengan bertukar-tukar makanan antara kaum-kaum Malaysia pada musim perayaan.

Catat Ulasan

0 Ulasan