SELEPAS MATI WARIS MANDELA MULA BEREBUTKAN MAYATNYA

SELEPAS MATI WARIS MANDELA MULA BEREBUTKAN MAYATNYA

Loading...
Cape Town: Kematian Nelson Mandela mungkin menandakan berakhirnya hayat tokoh pejuang antiaparteid itu tetapi tetap gagal memadamkan persengketaan warisnya.
Sejak Mandela nazak lagi sebahagian anggota keluarganya sudah berantakan kerana beberapa isu, termasuk mengenai harta serta tempat bekas Presiden Afrika Selatan itu wajar dikebumikan. Cucu kesayangan Mandela, Mandla disiasat polis awal tahun ini kerana disyaki menggali semula mayat tiga anak pemimpin itu dari kubur untuk dipindahkan ke tempat lain. Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 2011. Seramai 16 anggota keluarga Mandela berjaya mendapat perintah mahkamah memaksa Mandla - yang juga ketua rasmi puak Mandela - mengembalikan mayat berkenaan.

Saudara-mara Mandela percaya mayat tiga anaknya itu patut digali semula dan dikebumikan kembali bersama bapa mereka.
Rakan keluarga Mandela berkata, masalah bermula apabila Mandla secara rahsia mengalihkan tiga anak Madiba (gelaran hormat kepada Mandela) tanpa meminta pandangan orang lain.

“Sudah tentu ia menimbulkan kemarahan kerana Mandela sebelum ini jelas menyatakan mahu disemadikan bersebelahan anaknya di Qunu (lokasi kubur asal anaknya).

“Kini golongan tua keluarga Mandela mahu mayat anak bekas presiden itu digali semula untuk dikebumikan bersama bapa mereka,” katanya. Setakat ini belum ada sebarang persetujuan dicapai. Selain itu, dua anak perempuan Mandela, Makaziwe dan Zenani juga mempunyai kes terhadap dua sahabat baik Mandela.
Mereka dipercayai menyaman peguam bela Mandela, George Bizos, 84, dan bekas teman sepenjaranya di Pulau Robben, Tokyo Sexwale, 60.

Difahamkan, Mandela meletakkan sejumlah wang dalam dana amanah kerana bimbang dua anaknya itu menganggap mereka berhak mendapat duit berkenaan.

Catat Ulasan

0 Ulasan