Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Erkk..Banyaknya Kutu Dia

Imej
APA yang dilihat mungkin boleh menjadi kepala yang mengalami serangan kutu terburuk yang pernah disaksikan.

Sebuah video yang disiarkan di YouTube menunjukkan seseorang, mungkin ibu bapa menyikat rambut seorang kanak-kanak.



Orang itu kemudian mengangkat dan menunjukkan sikat ke lensa kamera dan telur kutu serta berpuluh-puluh ekor kutu  dilihat merangkak-rangkak di atas sikat.

Kutu, serangga kecil juga dikenali sebagai pediculosis capitis, menghisap darah dengan cara menggigit kulit kepala manusia.


Dr Alejandra Perotti, pensyarah di Sekolah Sains Biologi, Universiti Reading mengesahkan makhluk itu adalah kutu. 

Beliau menambah, jumlah yang banyak dengan hanya beberapa kali sikat menunjukkan ini sebagai kes yang teruk.

"Serangan kutu sangat biasa di UK dan di Eropah, tetapi tidak sampai ke tahap ini," katanya kepada MailOnline.

"Saya bekerja dalam bidang sains forensik dan kes ini ditemui dalam kes-kes pengabaian kanak-kanak atau orang tua. 

"Anda juga melihatnya dalam kes-…

Zizan Razak Kena Maki Kerana Foto Sembelih Lembu

Imej
Siapa sangka dalam kemeriahan umat Islam menyambut perayaan Aidiladha yang lalu, ada juga kontroversi yang melanda pelawak terkenal tanah air, Zizan Razak.



Isu ini bermula apabila Zizan memuat naik sekeping fotonya sedang memegang parang di hadapan seekor lembu yang telah disembelih untuk ibadah korban.




Namun, akhirnya tersebut mendapat kritikan hebat daripada warga asing yang menganggap Zizan sebagai seorang pembunuh haiwan.




Rasanya Zizan hanya membantu untuk melapah lembu korban itu sahaja. Apapun, situasi ini sebenarnya sudah menjadi kebiasaan di Malaysia kerana rata-rata sudah faham dengan ibadah yang harus dijalani dalam agama masing-masing.

Cuma, pada pendapat kami, apa yang mungkin boleh dilakukan oleh Zizan untuk meredakan keadaan adalah dengan membuang terus foto tersebut daripada laman Instagramnya. Dianggap agak ngeri mungkin?


Cerita Tentang Farmasi Cosway Lagi..

Imej
Hari tu dah ada cerita tentang farmasi cosway. Ini yang terbaru dari saya. Sebelum nak buka farmasi ni, bukan senang bagai dicanangkan. bukan setakat keluarkan duit RM5200 tu aje. banyak lagi yang upline kita tak bagitau yang sebenarnya.

1. Mula2 beli ev set rm 5200 minima

2. hadiri training product yang dibuat oleh Hq atau upline

3. mencari network sekurangnya 4 orang

4. kena maintain jualan sebanyak 15 ev sebulan atau lbh kurang rm200

5. ada network, baru ada temuduga ok

6. dah lulus temuduga, pergi training dan tunggulah kedai, jika dia nak bagi cepat


tapi... ada lagi (bila dah dapat kedai)

- security deposit rm10.000

- kalau tak de penjamin, tambah lagi 20.000

- jadi 30.000 ye

- maintain jualan ; 20x sewa kedai. maknanya, kalau sewa kedai 5000 sebulan, kena maintain sales dalam 100,000 sebulan

- kalau performance tak good, Hq boleh kick u anytime

- kedai mesti beroperasi 13 jam sehari, tutup hanya 2 hari setahun, iaitu raya puasa. raya haji pun kena buka.

- kalau ada kematian pun…

Lihat 6 Fungsi Ini Pada Facebook Yang Mungkin Anda Tidak Gunakan Langsung

Imej
Facebook sedia popular sebagai laman sosial terkemuka dunia, dan digunakan ramai untuk tujuan berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan-rakan mahupun ahli keluarga menggunakannya.

Menariknya, Facebook turut mempunyai beberapa fungsi menarik pada laman tersebut yang tidak begitu digunakan ramai, malah ada beberapa pengguna yang tidak mengetahui akan kewujudan fungsi berkenaan. Antaranya adalah termasuk;



Fungsi Panggilan Video Di Facebook



Facebook sebelum ini telah memperkenalkan sokongan panggilan video pada perkhidmatan mereka, membolehkan pengguna membuat dan menerima panggilan video dikalangan rakan-rakan mereka.

Perkara ini juga akan memudahkan anda untuk kekal berinteraksi dengan mereka yang tersayang sekiranya anda berada di luar negara, selain turut menggunakannya untuk berinteraksi dengan rakan-rakan kerja dan sebagainya.



Fungsi ini mungkin agak kurang popular memandangkan ia memerlukan sebuah pemalam khas tambahan dipasang sebelum dapat menggunakannya. Sokongan ini dibawakan…

Status Kurang Cerdik Wardina Tentang Air Asia

Imej
Kes Pukul Isteri: Wardina Safiyyah Pula Persoalkan Cara Kerja AirAsia

Di media sosial hari ini kecoh dengan kisah seorang suri rumahtangga yang telah dikasari oleh suaminya yang juga seorang juruterbang syarikat AirAsia.



Wanita itu telah membuat satu laporan polis berhubung keganasan yang berlaku namun suaminya kini didakwa menculik anak mereka dan meminta laporan polis ditarik semula.

Dan, Wardina Safiyyah menulis satu status yang kami kira sebagai kurang matang dalam aspek mempersoalkan siapa sebenarnya yang bertanggungjawab atas kejadian tidak boleh diterima akal ini — beliau mempersoalkan etika / cara kerja / kredibiliti AirAsia.




Status Wardina Safiyyah itu menerima komen tidak puas hati daripada orang ramai yang turut tertanya tanya apakah kaitan perilaku pekerja itu dengan majikan atau syarikat tempat beliau bekerja. Semestinya, Wardina tampil dengan penjelasan berikut.

“Of course it has nothing to do with his work performance. I just feel the company need to know personalities …

Nurul Rahsiakan Kehamilan Anak Ke2nya Dari Keluarga Mentua

Imej
Penyanyi hitam manis Nurul Wahab Depp berasa sangat teruja dan bersyukur dengan kehamilan yang kedua bersama suami tercinta Ericc Depp dan pengumuman itu di buat menerusi video rakamannya dan di muat naik di You Tube dan blognya sendiri.


“Saya terpaksa mengunakan Bahasa Melayu untuk mengumumkan kehamilan saya yang kini sudah berusia 12 minggu ini bagi mengelak keluarga mertua saya tahu kerana hendak bagi ‘suprises’ dekat mereka,” katanya menerusi video itu.

Menurutnya lagi berita baik ini akan diberitahu sendiri kepada keluarga mertuanya kerana beliau dan suami akan terbang ke Perancis pada bulan depan. Nurul dapat merasakan kegembiraan mereka setelah di beritahu berita baik ini.

“Saya mengunakan rakaman video ini untuk memberitahu mengenai kehamilan saya kerana amat memudahkan dan cepat serta mengikuti perkembangan teknologi media sosial yang kian berkembang,” Katanya.

Anak pertamanya Zachary Depp bakal menjadi abang tidak lama lagi dan keluarga Nurul semaki n bertambah dan diha…

Apakah Yang Anehnya Pada Foto Ini?

Imej
Ops...bukan foto yang ini yer
Foto sebenarnya ada dibawah
Cuba anda perhatikan betul-betul..ada sesuatu yang aneh pada foto perempuan ini..

saja....entry hari ini sedikit santai...

Salah Seorang Peserta Pesta Sukan Bogel 2014 Adalah Bekas Ketua Wanita Gerakan Kedah?

Imej
Polis dilaporkan masih menyiasat perkara ini dan telah mengenalpasti 15 orang peserta acara tidak bermaruah tersebut dengan beberapa orang daripada mereka adalah warga tempatan.

Sehingga artikel ini ditulis, 10 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan dan polis turut menyiasat sama ada ugutan dan ancaman telah dibuat oleh kumpulan terbabit ke atas petugas-petugas di lokasi tersebut.


GERAKAN Kedah hari ini mengakui salah seorang daripada peserta tersebut adalah bekas Ketua Wanita GERAKAN Kedah yang juga merupakan ahli Wanita GERAKAN Baling pada tahun 1980-an yang sudah lama dipecat dari parti bernama CHEW SOO HOE.

Pemecatan Chew Soo Hoe dibuat kerana kegagalannya menjelaskan yuran keahlian tahunan.

GERAKAN Kedah turut membuat sidang media hari ini antara jam 11:20 sehingga 11:45 pagi tadi yang dipengerusikan oleh Dr. Cheah Soon Hai, Pengerusi PGRM Kedah, Wei Kok Wah, Pengerusi PGRM Bahagian Alor Star, Chua Chong Yong - Setiausaha Organisasi dan Lim Ewe Boon, Bendahari PGR…

KERANA INAI MODEN KUKU KANAK-KANAK BERTUKAR HITAM DAN BURUK SEBELUM TERCABUT

Imej
Seorang kanak-kanak telah menderita akibat inai moden yang mana kesan inai tersebut telah menyebabkan jarinya membengkak dan kuku tercabut.


Perkara tersebut telah didedahkan oleh ibu saudara kanak-kanak malang itu sendiri di media sosial pada 3 Ogos.


Selain daripada itu beliau juga turut memuat naik beberapa keping gambar sebagai bukti dan pendedahan produk yang digunakan tersebut.


Namun tindakan beliau mengadu serta mendedahkan perkara tersebut di media sosial telah mengundang kemarahan penjual produk terbabit serta sesetengah pihak yang merasakan itu adalah kecuaian ibu mangsa





siakapkeli

ISRAEL BLOK RAKYAT MALAYSIA DARI LAYARI LAMAN FACEBOOK IDF

Imej
Israel hari ini nampaknya telah menghalang pelayar dari Malaysia dari melayari laman Facebook IDF. Mungkin mereka telah goyang apabila banyak kali 'troll' ataupun laman Facebook mereka dikatakan telah digodam sebelum ini. Atau mungkin ada helah yang mereka tidak mahu rakyat Malaysia tahu.


Sememangnya ada ciri yang membolehkan Admin page Facebook mengehadkan negara mana yang boleh melayari laman Facebook mereka.

Hal ini dapat dilihat jika pengguna dari Malaysia pergi ke laman Facebook IDF secara terus, pengguna akan dibawa ke Laman Utama, bukan page berkenaan.

Tetapi jika menggunakan proksi dari luar negara seperti ini dan memasukkan alamat(URL) laman facebook IDF, iaitu https://www.facebook.com/idfonline , laman berkenaan masih lagi kelihatan berfungsi dengan elok.

Sebab kenapa mereka melakukan perkara itu tidak diketahui. Tapi nampaknya Malaysia telah berjaya memberi sedikit gentar kepada Zionis. Malaysia Boleh -



SiakapKeli.com


Sheila Majid mengamuk Chow Jack gelar Aidilfitri syaitan dan sebulan puasa makan babi

Imej
Sebelum ini Alvin dan Vivian telah dikecam teruk oleh masyarakat kerana telah didakwa menghina Islam dengan memuatnaik foto bersama kapsyen menyindir berbunyi "Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut Teh.. Wangi, enak dan menyelerakan."

Dilihat tidak mengambil iktibar atas perkara tersebut, individu bernama Chow Jack pula telah memuatnaik status berunsur perkauman di laman Facebooknya.

Prihatin dengan isu semasa, Sheila Majid menyelar tindakan tidak bermoral itu dan menganggap bahawa individu tersebut mempunyai mentaliti yang rendah.

Luahan perasaan Sheila Majid itu mendapat sokongan ramai apabila foto tersebut mendapat lebih250 likes dan komen daripada para peminatnya.




Kebanyakan mereka turut menyatakan rasa kesal terhadap perkara tersebut dan meminta agar pihak bertanggungjawab mengambil tindakan ke atas individu itu.

Seharusnya status yang sedemikian tak patut wujud. Kita kan duduk dalam satu negara yang berbilang bangsa. Maka, wajiblah kita untuk saling hormat-menghormati s…

Pengantin pijak dan bakar bendera Israel sebelum ke pelamin di Melaka

Imej
Pengantin pijak dan bakar bendera Israel sebelum ke pelamin

MELAKA: Sepasang pengantin mengabadikan kenangan majlis perkahwinan mereka dengan memijak dan membakar bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman rejim itu terhadap rakyat Palestin.

Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, kedua-duanya yang bekerja sebagai arkitek bertindak melakukan perkara itu selepas berasa amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.

Mohd hilmi berkata, sebagai umat islam secara keras membantah tindakan tidak berperikemanusiaan itu.



Mohd hilmi berkata, sebagai umat islam secara keras membantah tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

“Alhamdulillah saya rasa amat bersyukur majlis berjalan lancar dan bagi melahirkan kekesalan dan kesedihan serangan Israel ke atas Gaza dan sememangnya kita sebagai umat Islam kami sangat membantah dan mengeji tindakan Israel itu," ujar pengantin lelaki Mohd Hilmi Muslim.

Kaitan MH370 Dan Segitiga Bermuda Kembali Diperkatakan

Imej
Genap 145 hari kehilangan MH370, namun kepulangan pesawat itu masih dinanti keluarga penumpang, saudara, rakan, sahabat serta rakyat Malaysia amnya.

Walaupun diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa pesawat malang terbabit berakhir di Lautan Hindi penghujung Mac lalu, teori yang timbul selepas itu sedikit sebanyak meniup semangat kepada waris yang menanti.


Dalam pedih akibat kehilangan orang tersayang, luka waris terubat tatkala Najib menegaskan bahawa Malaysia kekal komited mencari pesawat berkenaan.

Mesej ingatan sempena hari ke-100 kehilangan MH370 itu disuarakan Najib menerusi akaun Twitter peribadinya.


SEGITIGA Bermuda dalam peta dunia.


Malah, kerajaan turut mengumumkan bahawa Malaysia sudah membelanjakan RM27.6 juta setakat ini dalam fasa pertama pencarian.


Ia turut dibantu beberapa negara termasuk Australia, China, negara ASEAN serta Amerika Syarikat.

Mengingati semula tarikh 8 Mac 2014, pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 227 penumpang dan 12 kru itu dilapork…

Pasangan Tua Gay Berkahwin

Imej
Sepasang Gay Lelaki Tua telah berkahwin buat kali pertamanya di China secara siaran langsung. "Pengantin" yang pakai dress putih adalah "wanita". Pasangan ini terdiri daripada seorang cikgu dan seorang penghantar air botol dari daerah Pinggu.





Buruk benor rupanya

Bendera Israel Jadi Alas Kaki Di Kedah

Imej
Terbaik !!!... Bendera Israel dijadikan alas kaki di Terminal Bas Ekspres Sungai Petani.. Sememang bendera Israel hanya layak dijadikan bahan untuk di pijak2 sahaja.

manakala ini lagi hebat
sila lihat video ini


Kenduri kahwin di sidam, kedah... bendera israel disediakan khas untuk dipijak tetamu yang hadir sebagai tanda sokongan terhadap palestin

GAMBAR 'JENAZAH DILILIT ULAR' MILIK ASTRO OASIS

Imej
Kecoh satu Malaya apabila gambar jenazah dililit seekor ular terbesar di alam maya. Bukan setakat gambar tersebar, malah timbul pula pelbagai cerita karut mengenai gambar tersebut hingga menimbulkan kebimbangan dikalangan masyarakat.

Semalam, stesen televisyen saluran Astro Oasis akhirnya mengesahkan beberapa gambar jenazah dililit seekor ular yang tersebar itu merupakan salah satu babak dalam drama bersiri Tanah Kubur berjudul 'Kutuk Azan'.




"Ya, itu merupakan salah satu babak dalam drama Tanah Kubur bagi episod Kutuk Azan, saya juga tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar di internet kerana drama itu belum lagi ditayangkan.

"Penggambaran dilakukan kira-kira tiga minggu lepas di Sungai Ijok, Selangor dan diarahkan oleh Rashid Sibir. Saya juga sudah minta pengesahan tentang gambar itu daripada pihak produksi," ujar Namanzee Harris pengurus saluran Astro Oasis.

Dakwa Namanzee lagi, gambar tersebut diambil oleh salah seorang krew produksi untuk simpanan pihak As…

Bulan Puasa Aniaya Anak Yatim...Bagusnya Perangai

Imej
Johor Bahru: “Sejak dapat tahu dan sepanjang perjalanan, mereka sangat gembira dan beriya-iya mahu berbuka puasa dan tinggal di hotel. Apabila tiba di sini dan berasakan diperdaya, ada antara mereka menangis kerana kecewa.

“Saya tidak tahu apa salah anak yatim dan anak dari keluarga kurang berkemampuan hingga ada pihak tertentu sanggup menganiaya mereka Ramadan ini,” kata Amirah Ariffin, 47, semalam.

Amirah antara lapan pengiring peserta rombongan yang menempuhi perjalanan sejauh 354 kilometer bagi menyertai majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa di Hotel Berjaya Waterfront di Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut di sini, kelmarin.

Menurutnya, 75 peserta rombongan berusia lima hingga 18 tahun terdiri daripada anak yatim dan anak keluarga kurang berkemampuan dari Kampung Batu 11, Jalan Pahang Lama, Gombak di Selangor.




EGAWAI Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru Manayi Ibrahim menemui peserta rombongan di Hotel Berjaya Waterfront.


Katanya, rombongan diaturkan pengurusan Surau …

Tweet Romantik Khairy Jamaluddin Bersama Ratu Selfie Beredar Di Internet

Imej
Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin semenangnya seorang pemimpin yang romantik dan sporting. Beliau tidak mudah melatah dan meradang jika ada peminat yang cuba bergurau senda.


                                        KJ bersama isternya

Buktinya, Khairy Jamaluddin atau lebih popular dengan panggilan KJ telah memuatnaik satu tweet berbentuk soalan kepada para pengikutnya mengenai lokasi di mana Sukan Komanwel tahun 2010 diadakan.


Tweet tersebut kemudian mendapat pelbagai respon dari orang ramai di laman sosial namun jawapan Syasya Mahmud antara paling mencuri tumpuan.

Ye la...KJ pun ensem orangnya...


Gambar Ratu Selfie Syasya Mahmud Yang tidak Pernah Anda Nampak:





Apalah Sangat Dosa Kucing Ini....

Imej
Apalah Dosa Kucing Ini Sehingga Dibaling Dari Tingkat 7

Kucing ini diberi nama Arial telah dibaling daripada tahap 7 Menurut saksi Arial mengambil masa yang lama untuk sembuh. Ia tidak boleh makan dan minum dan darahnya masih mengalir dari rahangnya yang retak teruk. Sangat kasihan nasib kucing ini. Apalah dosanya sehingga diperlaku sebegitu rupa.



Ia diberi makan dan minum melalu tiub sahaja. Untuk makluman anda, kejadian ini berlaku di Singapura. Namun demikian ia telah menimbulkan kemarahan semua pecinta haiwan ini. Ikuti cerita ini:






Wartawan Al Jazeera terkejut melihat serangan Israel ke atas Gaza hingga tidak dapat membuat liputan kejadian

Imej
Wael Al-Dahdouh yang terkejut dengan keadaan Gaza (Foto: Huffington Post) GAZA - Seorang wartawan Al Jazeera yang menyaksikan secara langsung serangan udara Israel di Gaza terguncang mentalnya. Dia bahkan tidak dapat membuat liputan, ketika sedang ber siaran langsung.

Wael Al-Dahdouh selama ini dikenal sebagai wartawan Al Jazeera yang kerap mendapatkan penghargaan. Dirinya terpaksa menghindar dari kamera ketika melaporkan serangan udara Israel di wilayah Shijaiyah.

Seperti dilansir Huffington Post, Selasa (22/7/2014), serangan pada Ahad 20 Julai 2014 tersebut dikhabarkan menyebabkan jumlah korban maut di Gaza bertambah hingga 87 jiwa, dalam satu hari.


Apa yang dialami oleh Al-Dahdouh sepertinya menunjukkan tingkat kehancuran yang luar biasa dialami oleh warga Gaza. Serangan berdarah tersebut sepertinya tidak pernah berakhir.

Sosok Al-Dahdouh sendiri dikenal sebagai wartawan tangguh yang biasa meliput di wilayah konflik. Tetapi menurutnya, serangan kali ini merupakan serangan paling…

Iklan raya Adik Tak Makan Saman Curi Perhatian

Imej
Gelagat 'Adik' yang comel dan tidak makan saman, walaupun dimarah berkali-kali oleh ayahnya dalam iklan TM, mencuit hati penonton.

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Sudah menjadi tradisi sebelum menyambut ketibaan 1 Syawal, pasti iklan raya dahulu yang dinanti-nantikan.

Membawa pelbagai mesej kepada masyarakat, filem pendek yang dibawa khas oleh syarikat korporat, biasanya memberi kenangan dan memori berbeza kepada penonton.

Sama ada bertemakan cerita sedih atau riang-ria menyambut Hari Raya, itu semua hanya cerita yang penting mood raya itu sampai kepada penonton.

Seperti kebiasaannya, seminggu menjelang hari lebaran, stesen televisyen sudah mula menyiarkan iklan raya berbentuk filem pendek.



Bagi mereka yang tinggal di luar negara, pasti YouTube menjadi sasaran untuk mengetahui iklan raya apakah yang disiarkan untuk lebaran tahun ini.

Sudah pasti syarikat-syarikat gergasi berlumba-lumba memastikan iklan raya mereka menjadi bualan dan mendapat ‘share’ terbanyak.

Berikut adalah iklan-iklan raya…

Pemain Bola Sepak Piala Dunia Ini Juga Enggan Pulang ke Ukraine

Imej
Kiev: Presiden Shakhtar Donetsk, Rinat Akhmetov yakin penyerang Brazil, Fred dan lima rakan sepasukan yang enggan pulang ke kelab Ukraine itu selepas tragedi membabitkan pesawat MH17 akan kembali juga dalam sedikit masa lagi.

“Memang benar, enam pemain ini tidak kembali ke Ukraine dari Perancis. Tapi saya yakin semua pemain ini akan kembali ke kelab ini sedikit masa lagi.


“Mereka semua tertakluk kepada kontrak dan jika tetap enggan untuk kembali, mereka akan menerima hukuman penalti seperti yang ditetapkan dalam kontrak berkenaan,” kata Akhmetov.

Jaminan keselamatan

Selain Fred, lima pemain terbabit ialah Alex Teixeira, Douglas Costa, Dentinho, Ismaily dan pemain dari Argentina, Facundo Ferreyra.


Erra & Awie DiJalanraya...Romantik Kerrr??

Imej
"Baling belakang - semalam... sessi photoshoot.. buat tatapan raya pertama.. dengan siapa.. hmmm.. cer teka.." Itulah bunyi kapsyen yang ditulis oleh Erra Fazira bagi menggambarkan sekeping gambar romantiknya bersama Awie di jalan raya.

Memang amat mengujakan para peminat apabila melihat dua selebriti paling sensasi di industri tempatan ini kembali disatukan dalam sesi photoshoot semalam.

Gambar tersebut dimuatnaik Erra di laman Instagram peribadinya untuk tatapan peminat. Pasti ramai sudah lama merindui gandingan mereka berdua suatu ketika dulu.





Ramai yang kata romantik.....romantik ke??..ntah..tak nampak pulak saya kat mana romantiknya...pada saya biasa-biasa je..


Kamera Telefon Rakam Orang Awam Gaza Di Tembak Dan Dibunuh

Imej
Sebuah video menunjukkan seorang lelaki Palestin di tembak berulang kali dan dibunuh oleh penembak tepat (sniper) semasa beliau sedang mencari ahli keluarganya di Shujaiyeh.

Seorang lelaki yang berbaju hijau dan berseluar hitam dilaporkan ditembak oleh “sniper” ketika cuba menyeberang di lorong antara dua bangunan. Beliau juga ditembak dua kali lagi ketika terlantar atas tanah.


Serangan itu berlaku ketika sukarelawan dan krew penyelamat dalam usaha mencari mayat selepas 14 hari operasi serangan. Organisasi aktivis ‘International Solidarity Movement’ yang merakam dan memuat naik video itu ke internet, menerangkan kejadian tersebut dalam satu kenyataan:

The Israeli military just shot a Gazan man trying to reach his family, during an announced ceasefire. He was with a group of municipality workers and international human rights defenders who were attempting to retrieve injured people in the Shujaiya neighborhood…. They shot him, and then continued to fire as he was on the ground. We had…