(Gambar) 220 Ekor Kambing Disihir, Mati Dalam Keadaan Ngeri Setiap Hari

(Gambar) 220 Ekor Kambing Disihir, Mati Dalam Keadaan Ngeri Setiap Hari

Loading...
(Gambar) 220 Ekor Kambing Disihir, Mati Dalam Keadaan Ngeri Setiap Hari:


Bukan sahaja manusia disihir, zaman sekarang binatang pun sanggup disihir dan akhirnya mati dalam keadaan ngeri. Inilah yang ditanggung oleh Ariffin Sabirin apabila kambing peliharaannya mati dalam keadaan ngeri setiap hari.


Kambing miliknya selalu dijumpi mati dalam keadaan biji matanya dikorek, dipatahkan tengkuk dan mulut dirobek seperti diperlakukan oleh seekor binatang yang besar dan kuat.

Kambing ternakan itu di Wasilah Farm, di Kampung Tasek Alai, Gemerih, Segamat pasti akan ada yang mati setiap hari sejak Oktober 2015 sehinggalah pada 8 Mac menyebabkan 220 kambing yang dipelihara mati sehingga Ariffin terpaksa menanggung kerugian ratusan ribu ringgit.


Pada mulanya, Arifin ingatkan kambing peliharaannya mati kerana sakit atau dijangkiti virus dan akhirnya mencuba meminta bantuan daripada pengamal perubatan Islam

Katanya, pemeriksaan di kawasan ternakan kambingnya menemui barangan mencurigakan seperti paku yang dibalut dalam kain hitam, taring harimau yang dibalut dengan kain merah, segumpal rambut serta tujuh batang kayu yang dikenali sebagai Kayu Patah Pinggang dalam kalangan bomoh sihir.

kambing%2Bkena%2Bsihir%2B-%2Btehpanas.co
kambing%2Bkena%2Bsihir%2B02%2B-%2Btehpan
kambing%2Bkena%2Bsihir%2B-tehpanas.com%2

“Ada antara kambing yang mati dipatahkan tengkuknya, dikorek biji mata, malah bahagian mulutnya seperti dimakan sehingga tinggal rahang. Lebih pelik apabila bedah siasat dijalankan, tiada setitik darah pun dalam badan kambing itu,” – Ariffin Sabri.


Akhirnya Ariffin mengalah dan mengundur diri daripada mengusahakan ternakan kambing demi keselamatan keluarganya dan baki kambing yang masih hidup sudah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat pada Khamis lalu dan dianggarkan akan menjual semua kambing-kambing tersebut sebelum 31 Mac ini dan manakala bangunan di kawasan tanah tersebut telah diwakafkan ke sekolah tahfiz Maahad Ibnu Mas’od.

Catat Ulasan

1 Ulasan

jerit kat sini