Ini Sebabnya Zuriat Puteri Charlotte Tidak Akan Terima Gelaran Putera Atau Puteri

Ini Sebabnya Zuriat Puteri Charlotte Tidak Akan Terima Gelaran Putera Atau Puteri

Loading...
Ini Sebabnya Zuriat Puteri Charlotte Tidak Akan Terima Gelaran Putera Atau Puteri

Untuk mendapatkan gelaran “Prince” ataupun “Princess” dalam kalangan kerabat di raja British, anda hanya perlu dilahirkan sebagai ahli kerabat atau berkahwin dengan salah seorang kerabat di raja. Senang? Tidak sama sekali.


Debat tentang Duchess of Cambridge Kate Middleton perlu digelar sebagai Princess Kate atau tidak sudah lama menjadi topik perbincangan khalayak umum. Walaupun Kate adalah seorang puteri melalui perkahwinannya, dia bukanlah Puteri Kate.

Selepas berkahwin dengan Putera William, Kate yang telah menerima gelaran Duchess of Cambridge juga telah mengambil gelaran yang dikurniakan kepada suaminya sebagai Princess William of Wales. Walau bagaimanapun, status puterinya telah digunakan dalam sijil kelahiran Putera George untuk mengisi bahagian pekerjaan rasminya yakni Princess of The United Kingdom.

Gelaran penuh Kate adalah ‘Her Royal Highness Princess William, Duchess of Cambridge, Countess of Strathearn, Baroness Carrickfergus.’

Lazimnya jika dilahirkan sebagai kerabat, anak, cucu, cicit dan seterusnya pasti akan mewarisi gelaran yang sesuai dengan mereka namun ceritanya lain pula jika kerabat itu adalah seorang wanita. Kelak, apabila Putera George dikurniakan dengan zuriatnya sendiri mereka akan mewarisi gelaran putera dan puteri kepada nama mereka; manakala zuriat Puteri Charlotte pula tidak akan mewarisi sebarang gelaran.

“Gelaran dalam kalangan kerabat hanya boleh diwarisi melalui zuriat lelaki, jadi apabila Puteri Charlotte mempunyai zuriatnya sendiri mereka tidak akan mewarisi gelaran ‘HRH’, ‘Putera,’ ataupun ‘Puteri,’” menurut pengarah bersekutu Debrett, Lucy Hume.


Gambar : Sumber Google

Satu contoh yang jelas adalah pada Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, zuriat kepada Putera Andrew yang telah mewarisi gelaran ‘puteri’ melalui ayahanda mereka. Manakala Zara Phillips, zuriat kepada Puteri Anne, tidak mewarisi gelaran tersebut.

Malah ahli kerabat di-raja juga diberi pilihan untuk tidak mewarisi gelaran tersebut jika mereka enggan seperti yang telah dilakukan oleh Lady Louise, zuriat kepada Putera Edward.

Ratu Elizabeth sendiri pernah menawarkan kepada Puteri Anne untuk memberikan gelaran kepada kedua-dua zuriatnya, Peter dan Zara Phillips, namun mereka memilih untuk menolak tawaran tersebut.

Catat Ulasan

0 Ulasan