Mimie Zarina Dan Kisah 15 Al@t $ulit ‘mak nyah’ dikebumikan secara terhormat

Mimie Zarina Dan Kisah 15 Al@t $ulit ‘mak nyah’ dikebumikan secara terhormat

Loading...
Mimie Zarina Dan Kisah 15 Al@t $ulit ‘mak nyah’ dikebumikan secara terhormat

Mak nyah popular – Mimie Zarina.
“Di kalangan ribuan kaum mak nyah yang terdapat di seluruh tanahair, nama Mimie Zarina memang tidak asing lagi” – Begitulah ayat pengenalan tulisan wartawan hiburan Juwie dalam ruangan popularnya, Sehari Dalam Hidup, edisi 27 September 1992. 

Ruangan tersebut yang sering disiarkan di muka surat akhir akhbar sisipan Pancaindera memaparkan rencana hasil temubual Juwie dengan pelbagai selebriti, sama ada artis popular atau pun bakat baru, termasuklah selebriti sukan seperti pemain bola sepak dan sebagainya.

Mimie Zarina boleh dikatakan kurang dikenali kini tetapi dia merupakan salah seorang selebriti mak nyah yang popular pada 1980-an. Apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan mengasaskan Persatuan Mak Nyah Wilayah Persekutuan pada hujung 1980-an, Mimie telah dipilih untuk memegang jawatan Presiden. Kewujudan Persatuan Mak Nyah secara sah itu tidak bertahan lama apabila ia diabaikan setelah ketua pengarah JKM bertukar ganti.

Nama sebenar Mimie Zarina ialah Mohd Shamsuddin Abdul Rahman, dilahirkan pada 1947 dan berasal dari Teluk Intan, Perak. 

Dia menuntut sehingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Anglo Chinese di Teluk Intan. Mimie terlibat dalam dunia hiburan sebagai pelakon watak-watak kecil dalam beberapa buah filem seperti Bas Kondaktor (1986), O.K. (1990) & Thermometer 3 (1990-an). Dalam adegan akhir filem Bas Kondaktor, Mimie telah mengejutkan para penonton apabila dia berani tampil dengan berpakaian renang!

Selain daripada filem, Mimie juga pernah berlakon dalam drama swasta yang bertajuk Kisah Si Tua & Liku-Liku Jalanan. 

Kerjaya tetap Mimie sebenarnya ialah sebagai tukang jahit, di mana dia sering menerima tempahan daripada artis-artis wanita selain daripada para pelanggan biasa.

 Menurut Juwie, “Mimie amat pakar dalam menjahit fesyen pakaian baju kurung dan kebaya”. Juwie telah menemu bual Mimie selepas majlis sambutan harijadi mak nyah popular itu yang ke-45 tahun di Kuala Lumpur pada September 1992.
15 alat sulit ‘mak nyah’ dikebumikan secara terhormat

KUALA LUMPUR: Umpama benci tapi sayang, segelintir mak nyah yang ‘membuang’ alat sulit bagi mencapai impian menjadi wanita tidak rela alat sulit mereka terbiar begitu saja, sebaliknya meminta diuruskan dengan cara terhormat.
KONTROVERSI: Rakyat Malaysia, Fatine Young (nama asal Mohd. Fadzil Min Bahari), kiri ketika bersama ‘suaminya’ dari UK yang dinikahi sedikit masa dulu.

Seperti jenazah yang disemadikan di tanah perkuburan, begitulah ‘perjalanan terakhir’ alat sulit golongan berkenaan yang dibuang menerusi pembedahan penukaran jantina.

Mendedahkan perkara itu, bekas presiden Persatuan Mak Nyah Wilayah Persekutuan, Mimi Zarina, 62, berkata sehingga hari ini ada sekurang-kurangnya 15 pusara ‘anu’ tanpa batu nesan di tanah perkuburan sekitar ibu kota, Mimi mengakui semua alat sulit itu diserahkan kepadanya dari 1980-an hinggalah yang terbaru untuk diuruskan.

“Daripada dipotong dan dibuang tak tentu hala, biarlah ia (alat sulit yang dibuang itu) diuruskan dengan cara elok. Saya secara sukarela membantu menguruskannya.

“Bagi yang mengenali saya, mereka menyerahkan alat sulit untuk diuruskan. Hakikatnya, mak nyah yang mempunyai impian menjadi wanita sejati dengan melakukan pembedahan penukaran jantina tidak ambil kisah dengan alat sulit yang ‘dipotong’.

“Namun tidak semua begitu kerana ada juga yang sedar ia perlu diuruskan dengan cara yang elok,” katanya ketika ditemui Metro Ahad, baru-baru ini.
Menurut Mimi, 15 alat sulit yang diterima untuk diuruskan itu siap ‘dibungkus’ di dalam botol mengandungi cecair kimia dan dibaluti dengan beg plastik khas.
“Bungkusan itu bukan dibuat sendiri, sebaliknya disediakan oleh doktor di hospital tempat melakukan pembedahan. Saya hanya menerima dan menguruskannya dengan bantuan seorang ‘Pak Sheikh’.
“Seperti menguruskan jenazah, bungkusan berkenaan ditalkin dan dikebumikan. Semua 15 alat sulit itu ditanam di tanah perkuburan berbeza sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Ketika ditanya milik siapa semua alat sulit itu, Mimi enggan mendedahkannya kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa.

Bagaimanapun, Mimi berkata, 15 alat sulit itu hanya sebilangan kecil milik mak nyah yang melakukan pembedahan penukaran jantina kerana dia yakin ramai lagi membuang saja.

“Yang mahu alat sulit disempurnakan dengan cara elok, mereka berjumpa saya, manakala yang tidak ambil kisah tinggalkan saja di hospital tempat mereka melakukan pembedahan atau buang ikut suka.

“Sudahnya, ada yang datang berjumpa saya meminta tolong kerana ‘anunya’ datang dalam mimpi dan mengganggu tidur setiap malam,” katanya yang terkenal dan dihormati di kalangan mak nyah, malah menjadi tempat rujukan golongan berkenaan.

Mimi mengakui tidak bersetuju dengan tindakan mak nyah melakukan pembedahan menukar jantina kerana kesan jangka panjang yang diterima bakal menyeksa diri.

“Baru-baru ini, tiga mak nyah yang mahu menukar jantina meminta pendapat saya. Saya beri mereka ‘syarahan’, termasuk kesan buruk akibat perbuatan itu.
“Mereka yang tergamak menjalani pembedahan itu kerana terikut-ikut dan kadangkala melakukannya demi teman lelaki,” katanya.
Mimi berkata, ada beberapa mak nyah yang melakukan pembedahan berjumpanya semula selepas beberapa tahun.
“Ada yang mengadu sakit di kemaluan, malah ada yang bernanah. Tidak kurang bercakap seperti orang gila dan ada juga menyatakan hasrat membunuh diri.
“Semua itu berlaku kerana kesan buang kemaluan. Lelaki tetap lelaki dan apabila melakukan pembedahan seperti itu ia bukan saja berisiko didatangi penyakit, tetapi pada masa sama psikologi terganggu,” katanya.
Mimi turut mendedahkan ada mak nyah menukar jantina yang terlepas berkahwin dengan lelaki satu ketika dulu, namun berpisah selepas diketahui keluarga.
“Paling menyedihkan, ada yang berhijrah ke luar negara, apabila pulang tidak tahu berselawat dan al-Fatihah. Memilukan bila usianya bukan lagi muda,” katanya. -HMetro
Kisah ini hanyalah sekadar perkongsian yang diunggah kembali..
kredit:citeheboh

Catat Ulasan

0 Ulasan