Puja Iblis Punca Utama Jonghyun BUNUH DIRI!

Puja Iblis Punca Utama Jonghyun BUNUH DIRI!

Loading...
Puja Iblis Punca Utama Jonghyun BUNUH DIRI!

KEMATIAN anggota kumpulan SHINee iaitu Jonghyun akibat bunuh diri pada 18 Oktober lalu terus mendapat perhatian peminat di seluruh dunia.
Menurut laporan Mirror, lebih 10,000 peminat hadir ke Hospital Asan, Seoul, bagi memberi penghormatan terakhir kepada penyanyi itu.
Selain peminat, anggota kumpulan SHINee sendiri, Girls Generation, EXO dan NCT turut hadir ke upacara itu.
Malah, berita kematian tragis itu turut menjadi trending di laman Twitter apabila hampir 60,000 tweet dihantar dengan menggunakan tanda pagar #YouDidWellJonghyun.
Menerusi nota terakhir yang ditulis, Jonghyun bercerita mengenai tekanan perasaan yang dihadapinya.
Jonghyun mati dipercayai akibat bunuh diri.
“Hati saya remuk. Kemahsyuran bukanlah untuk saya. Saya sudah buat yang terbaik. Cukuplah setakat ini, selamat tinggal,” tulisnya.
Menurut pihak polis, penyanyi berusia 27 tahun itu membunuh diri selepas menghidu asap karbon monoksida yang dibakar dalam biliknya.
Sementara itu, kematian Jonghyun terus menjadi perdebatan apabila ramai yang mula sedar mengenai tekanan hidup sebagai selebriti di negara itu.
Malah, netizen juga mahu tekanan perasaan yang dihadapi oleh selebriti atau sesiapa sahaja diambil serius kerana ia boleh menjurus kepada tragedi seperti ini.
Selain Jonghyun, SHINee dibarisi oleh Taemin, Onew, Minho dan Key.
Antara lagu mereka yang popular ialah Ring Ding Dong, Sherlock dan View.
Selain Korea Selatan, kumpulan ini turut menempa kemahsyuran di peringkat global dan dinobatkan sebagai salah satu kumpulan K-pop paling popular di dunia.
Mereka bernaung di bawah bumbung pengurusan SM Entertainment bersama Girls Generation, Super Junior dan EXO.
Tahukah Anda….
Kenapa Artis Hollywood dan KPOP ramai yg Depress sampai ada yg bunuh diri sedang lifestyle mereka begitu indah bagaikan syurga dengan Jutaan Peminat, mahligai mewah dan pendapatan yg tinggi…
Disebalik “Syurga” yg dihidangkan pada mereka terselindung satu kegelapan yang menggerunkan…kita sendiri dapat lihat setiap Konsest dan Video Klip Artis HW dan KPOP begitu terserlah imej2 dan unsur ritual Illuminati,Ritual Masonic dan Anti Christ…
Ya,Para selebriti ini telah dijadikan perantara penyembahan Lucifer Untuk Manusia….dan bygkan nasib sebagai “Perantara”….sudah semestinya bayarannya sgt tinggi iaitu Roh….
Mana tak Depress bila seluruh hidup kamu diabdikan dalam “kontrak berdarah” untuk penyembahan makhluk yg menakutkan..Roh kamu terpaksa dikorbankan sebagai santapan dan yg tinggal hanya jasad tanpa Jiwa hidup sebagai Figura sembahan…
Sedangkan kita berhutang dengan AhLong pun jadi tak Keruan inikan pula berhutang dengan Lucifer
Jadi Bila Artis sembah Iblis…Peminat sembah Artis….Lihat dimana Kasta kamu…
Untuk menentang Iblis…jauhi diri kamu dari KETAKSUBAN melampau tak kira samada Artis,Ahli Politik,Bangsawan dan sebagainya kerana Figura2 ini dikhuatiri Perantara kepada Si Dia…..Ketaksuban membawa kepada penyembahan
sumber: sultan nusantaragroup empayar langkasuka
susulan kematian
KUALA LUMPUR: Menghadiri acara penghormatan terakhir kepada artis atau selebriti dengan aktiviti membawa belon dan lilin jelas merupakan perbuatan haram kepada orang Islam.
Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, ia juga budaya kafir dan tidak harus menjadi ikutan terutama kepada golongan muda beragama Islam.
“Tidak boleh. Haram kalau buat kerja macam itu. Kalau artis atau individu itu orang Islam, kita hadiahkan al-Fatihah. Kalau bukan Islam, takkan hendak doakan syurga pula?
“Sudahlah dia bunuh diri, kenapa hendak ikut budaya kafir? Buat apa?” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harussani mengulas perhimpunan kira-kira 100 peminat ahli kumpulan SHINee, Jong-hyun yang berkumpul di tepi Sungai Klang dekat Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada Jumaat untuk memperingati pemergian penyanyi kesayangan mereka itu.
Peminat yang kebanyakan dari kawasan Lembah Klang tidak kira bangsa itu dilihat meratapi sambil memberi penghormatan terakhir ke atas selebriti Korea yang mati akibat meragut nyawa sendiri.
Rata-rata yang berkumpul dilihat membawa bersama lilin dan juga belon sebagai tanda simbolik pemergian penyanyi kumpulan SHInee itu.
Dalam pada itu tegas Harussani, ada pelbagai lagi aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan berbanding meratapi pemergian artis yang mati kerana bunuh diri.
Pada Ogos lepas, Harussani dinobatkan Tokoh Ulama Sepanjang Zaman dalam Majlis Perdana Ulama-Umara dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam pada itu, beberapa pengguna Twitter turut memberi pandangan masing-masing berhubung isu berkenaan.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan kenyataan penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli yang memberitahu ramai pengguna Twitter menyatakan kesedihan mereka kerana kematian Jonghyun dan pada masa sama pihak yang satu lagi mempertikaikan kesedihan itu kerana bukan ditujukan kepada kanak-kanak Palestin.
Bagi Caprice, tidak ada salahnya seseorang manusia melalui fasa kesedihan dan turut berdukacita kerana kehilangan orang yang mereka sayangi, walaupun si mati itu bukan Muslim.
Malah katanya, adalah bukan sikap Islam untuk membanding-bandingkan kematian kerana ia tetap menyebabkan kesedihan.
Jonghyun ditemukan tidak sedarkan diri oleh kakaknya beliau di kediamannya di Chungdam, Seoul kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan) 18 Disember lepas.
Artis itu dikejarkan ke hospital, tetapi akhirnya meninggal dunia.
Pihak polis mengesyaki insiden tersebut merupakan kes bunuh diri disebabkan laporan yang dibuat oleh kakak Jonghyun sendiri.
sumber: AstroAwani

Catat Ulasan

0 Ulasan