7 Gambar Dan Video Pesawat Boeing 737800 Tergantung Di Tepi Tebing

7 Gambar Dan Video Pesawat Boeing 737800 Tergantung Di Tepi Tebing

Loading...

  1. 7 Gambar Dan Video Pesawat Boeing 737800 Tergantung Di Tepi Tebing:

                                       26730961_532175650492733_273353626562568
TURKI: Seramai 168 penumpang, dua juruterbang dan empat anak kapal bagaikan mati hidup semula selepas selepas pesawat Boeing 737-800 yang dinaiki mereka tergantung di tepi tebing selepas terbabas dari landasan ketika hendak berlepas dari Lapangan Terbang Trabzon, Turki, hari ini.


Menurut laporan daripada Daily Mail, pesawat milik Pegasus Airlines itu dipercayai telah tersangkut tayar di bahagian belakang pesawat yang menyebabkan ianya tergantung tinggi di tepi tebing.

Bagaimanapun, pesawat terbabit terselamat kerana ianya tidak terus terjunam ke dalam Laut Hitam.
Reuters dalam pada masa yang sama turut melaporkan bahawa pihak Pegasus Airlines telah mengesahkan kejadian itu dalam kenyataan yang dikeluarkan pihak mereka.

Setakat ini, tiada kecederaan jiwa yang dilaporkan, manakala dua juruterbang dan empat anak kapal yang berada dalam pesawat berjaya dikeluarkan.

Menerusi rakaman yang diambil, sejurus sahaja kejadian berlaku, para penumpang, termasuk wanita dan kanak-kanak yang menangis akibat terkejut dengan peristiwa terbabit telah berjaya dikeluarkan dari pesawat.
Lantaran daripada kejadian itu, enjin pesawat di bahagian sebelah kiri kelihatan tertanggal daripada badannya.
Anggota bomba yang tiba sejurus panggilan kecemasan diterima, terus menyembur badan pesawat berkenaan dengan air kerana dikhuatiri pesawat akan mengeluarkan api yang boleh menyebabkan ianya meletup.
Pesawat terbabit difahamkan telah berlepas dari Ankara, Turki, dan mendarat semula di Lapangan Terbang sebelum berlepas kembali 90 minit kemudian apabila nahas berlaku.
Pegasus Airlines iaitu syarikat yang bertanggungjawab menguruskan penerbangan ini merupakan syarikat penerbangan murah Turki yang berpangkalan di Kurtkoy, Pendik, Istanbul.

Berikutan daripada kejadian itu, Lapangan Terbang Trabzon ditutup untuk semua penerbangan manakala penerbangan yang lain juga turut ditangguhkan. Sumber: Harian Metro, Editor: Myra

                                      26230741_532175590492739_568458665472162
                                      26238869_532175260492772_726590704168657
                                      26730950_532175063826125_530775777981034
                                 26731290_532175620492736_665059710658920
                                           26756532_532175393826092_843936174354774
                                           26758393_532174993826132_795385617204918

Catat Ulasan

0 Ulasan