Pengarah Dedah Farid tak pakai selipar dan bawa ‘pistol’ ke lokasi penggambaran

Pengarah Dedah Farid tak pakai selipar dan bawa ‘pistol’ ke lokasi penggambaran

Loading...
Pengarah Dedah Farid Kamil tak pakai selipar dan bawa ‘pistol’ ke lokasi penggambaran

KUALA LUMPUR 13 Jan. – Pengarah drama, Shuhaimi Lua Abdullah mendedahkan bahawa pelakon, Datuk Farid Kamil tidak hanya menampar pelakon senior, Ridzuan Hashim di set penggambaran drama arahannya, sebaliknya, turut membawa sepucuk pistol di lokasi penggambaran drama Uniknya Cinta.

Menurut Shuhaimi, dalam suasana kelam kabut akibat tindakan di luar jangkaan Farid menampar Ridzuan itu, dia ternampak sepucuk pistol di pinggang pelakon itu.

“Saya melihat dia membawa pistol yang berada di pinggangnya, tapi tidak tahu keaslian pistol itu. Memang keadaan dia (Farid) tidak terurus, malah dia tidak memakai selipar,” katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi.

Shuhaimi berkata demikian ketika diminta mengesahkan laporan mengenai pelakon Ridzuan yang mendakwa Farid telah menamparnya di set penggambaran sehari sebelum kejadian pelakon Lagenda Budak Setan itu melakukan tindakan yang sama ke atas seorang anggota polis trafik.

Dedah Shuhaimi, Farid turut menengking seorang jurukamera tanpa sebarang sebab.

“Tiba-tiba dia menengking jurukamera saya sambil bertanya: “Kau belajar dengan siapa?” beberapa kali dengan suara yang sangat kuat sehingga kami terkejut,” ujar Shuhaimi.

Menyambung kisah yang berla*ku tempoh hari, Shuhaimi berkata, sele*pas jurukamera berkenaan menja*wab pertanyaan, Farid berlalu pergi sebelum memberita*hu yang dia hanya bergurau.

Sebetulnya kata Shuhaimi, Farid tidak terlibat dengan drama arahannya tempoh hari.

“Dia bukan pelakon dalam drama saya, tapi mungkin dia datang kerana lokasi penggambaran itu milik Sofi Jikan iaitu sahabatnya.

“Selepas kejadian menampar Ridzuan, kami terpaksa berhentikan penggambaran seketika,” katanya lagi.

Shuhaimi tidak menafikan bahawa tamparan Farid ke atas Ridzuan, 53, sangat kuat sehingga menyebabkan wajah pelakon senior itu berubah menjadi merah.

Sementara itu, usaha Mingguan Malaysia untuk mendapatkan reaksi Ridzuan tidak berhasil kerana pelakon berkenaan tidak menjawab panggilan dan tidak membalas teks yang dikirim. - Utusan

Catat Ulasan

0 Ulasan