Cerita Sebenar wanita bertudung menyapu di gereja

Cerita Sebenar wanita bertudung menyapu di gereja

Loading...
Cerita Sebenar wanita bertudung menyapu di gereja

SERANGAN terhadap sebuah gereja di Yogyakarta pada Ahad sekali lagi membangkitkan kebimbangan mengenai peningkatan sikap tidak bertoleransi agama di Indonesia.

Bagaimanapun apa yang ditunjukkan seorang wanita terhadap serangan itu menggambarkan moto nasional dalam bahasa Jawa Kuno, ‘Bhinneka Tunggal Ika’ (bersatu dalam kepelbagaian) sekali gus memberi peringatan bahawa tindakan segelintir ekstremis tidak mewakili majoriti.

Sekeping gambar tular di media sosial sejak Isnin menunjukkan seorang wanita berhijab menyapu lantai di bawah patung Jesus yang dipenggal kepalanya di gereja St Lidwina Dukuh Jambon Trihanggo, Gamping, Sleman.

Gereja itu adalah tempat kejadian ngeri di mana seorang lelaki mengamuk dan menyerang orang ramai yang sedang beribadat menggunakan parang pada pagi Ahad.

Suspek mendecerakan empat orang dan memusnahkan buku dan patung-patung.

Berdasarkan posting tular yang dikongsi di laman komuniti setempat Info Cegatan Jogja, wanita itu adalah salah seorang daripada beberapa penduduk di daerah itu yang secara sukarela membersihkan gereja susulan serangan itu tanpa menghiraukan agamanya.
Identiti dirinya masih belum diketahui.

Walaupun masih tidak dapat dikenal pasti buat masa ini, wanita itu mendapat pujian ramai kerana dianggap mewakili wajah sebenar Indonesia.

“Darah kita merah. Tulang kita putih. Kita semua adalah satu dari Sabang hingga Merauke,” tulis seorang pengguna pada posting tersebut.

“Terima kasih puan. Foto di atas boleh membuka mata semua orang Yogyakarta, Indonesia dan juga warganegara di dunia bahawa rakyat Yogya tidak dapat dipecah-belahkan antara satu sama lain,” tulis seorang lagi pengguna.

Penyerang, yang telah dikenal pasti sebagai pelajar universiti berusia 20-an, dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas ditembak oleh polis selepas penangkapan di gereja.
Polis belum mengklasifikasikan serangan itu sebagai tindakan keganasan.

Sumber: Mstar

Catat Ulasan

0 Ulasan