[2 VIDEO ] Detik Kelahiran Si Comel Pipi Merah, sama seperti yang digambarkan…

[2 VIDEO ] Detik Kelahiran Si Comel Pipi Merah, sama seperti yang digambarkan…

Loading...
[2 VIDEO ] Detik Kelahiran Si Comel Pipi Merah, sama seperti yang digambarkan…


Perkongsian demi perkongsian dari pelbagai media mengenai hari paling gembira untuk pasangan Datuk Seri Khalid Jiwa dan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menyambut kelahiran bayi sulung mereka Fatimah Az Zahra pada pukul 8.17 am 19 Mac 2018.

Bayi seberat 3.55kg itu dilahirkan melalui kaedah Csec di hospital swasta di ibukota. Sebuah video dimuatnaik di saluran

Youtube menunjukkan detik-detik di mana Datuk K memasuki ruang pembedahan, juga gelagat saudara mara yang teruja menanti kelahiran si comel pipi merah itu.


Kami kongsikan video tersebut, juga satu lagi video di mana pengurus DCT, Rozi merangkap kakak iparnya menggambarkan rupa Fatimah Az Zahra. Kata Rozi, wajah baby sama seperti yang digambarkan di dalam rangkap lagu dendangan DCT untuk bayi sulungnya itu.

Menurutnya lagi, Siti dan suami akan mengumumkan nama penuh anak mereka dalam tujuh hari selepas kelahiran.

Buat masa kini, nama yang diketahui bermula dengan Siti A dan nama panggilan sementara pula Fatimah Az Zahra sempena nama anak Rasulullah s.a.w.

“Insya-Allah Siti dan suami akan umumkan nama penuh anak mereka dalam masa tujuh hari selepas kelahiran. Buat masa ini hanya boleh diberitahu nama bermula dengan huruf A”, kata Rozi.

Jelas Khalid, nama itu dipilih daripada nama salah seorang anakanda Nabi Muhammad.
“Untuk tempoh seminggu ini, sebelum nama sebenar diumumkan, kami sepakat memilih Fatimah Az-Zahra untuk bayi yang baru lahir ini.

“Pilihan nama sudah ada… Kami akan umumkan pada majlis yang akan dianjurkan kemudian,” kata Datuk Khalid yang kelihatan sangat teruja dan bersyukur dengan kelahiran anaknya itu.

Mengulas mengenai perasaannya ketika kali pertama melihat zuriatnya itu, Khalid yang sudah menunggu kelahiran anak perempuan sejak 18 tahun lalu mengaku sebak.

“Sudah lama saya menantikan kehadiran anak perempuan. Saat saya melafazkan iqaamat di telinganya, ketika itulah perasaan sebak timbul,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya kondisi terkini isterinya, Khalid berkata isterinya kini stabil selepas bersalin dengan kaedah pembedahan dan sudah mula menyusu anak mereka.

“Alhamdulillah, keadaan Siti dan bayi stabil. Siti baru saja menyusukan bayi.

“Seronok tengok bayi menyusu dengan mudah. Bayi pun tak banyak ragam berada berdekatan dengan ibunya,” katanya bersyukur.

Dalam pertemuan itu juga, tokoh korporat yang berkahwin dengan Siti pada tahun 2006 itu turut berkongsi keterujaan bersama pemberita dengan menunjukkan gambar dan video bayinya itu.
Namun, belum sampai tempoh 7 hari yang dirancang, viral wajah Fatimah Az Zahra di media sosial. Comel sama seperti yang digambarkan oleh Rozi Abdul Razak.

Siti selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu pada jam 8.17 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di ibu kota secara pembedahan.

Sumber: mstar.com, youtube, instagram adib khalid

Catat Ulasan

0 Ulasan