Babak akhir Salleh Kamil cabar tuhan dalam Isi Neraka dan ini akibatnya...

Babak akhir Salleh Kamil cabar tuhan dalam Isi Neraka dan ini akibatnya...

Loading...
Salleh Kamil mencabar tuhan dan menggigil... 

Deleted Scene - 


Babak akhir Salleh Kamil mencabar tuhan dalam Isi Neraka dan akhirnya...

Itulah salah satu dialog yang dilafaskan oleh Salleh Kamil di dalam filem Isi Neraka arahan Jamil Sulong pada tahun 1960. Selapas melafaskan dialog itu Salleh Kamil dikatakan menggigil seluruh badan sehingga terpaksa ditenangkan oleh rakan-rakan pelakon dan juga krew.

 Seniman Haji Mahadi telah membaca doa dan membuat air penawar untuk diberikan kepada Salleh Kamil bagi memulihkan semula semangatnya.

Salleh Kamil beranggapan dialog itu itu bagaikan bencana kepada dirinya. 

Tetapi setelah dinasihatkan oleh Haji Mahadi sebagai seorang yang tinggi ilmu agamanya, Salleh Kamil kembali tenteram. 

Haji Mahadi mengatakan jika niat kita hanya untuk memberi pengajaran dan kesedaran kepada masyarakat yang menonton ianya tidak menjadi kesalahan besar. 

Yang penting niatkanlah apa yang kita lakukan semua kerana Allah tidak kepada yang lain. 

Haji Mahadi adalah salah seorang yang dirujuk oleh Jamil Sulong dalam kelansungan pembikinan filem Isi Neraka ini.

Sebelum menerima watak Wira dalam filem ini,Salleh Kamil telah beberapa kali menolak tawaran dari Jamil Sulong.

Kata Kamil Salleh"Takut lah sebab ini soal agama,soal Tuhan aku tak berani".

Tapi akhirnya Salleh Kamil mengalah setelah dipujuk oleh Jamil Sulong dan diyakinkan oleh Haji Mahadi

Catat Ulasan

0 Ulasan