Dato K Takut Lihat Siti Alami Pendarahan Lahirkan Pipi Merah

Dato K Takut Lihat Siti Alami Pendarahan Lahirkan Pipi Merah

Loading...
Dato K Takut Lihat Siti Alami Pendarahan Lahirkan Pipi Merah

Sudah tentu pada ketika ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang menikmati saat bahagia bersama bayi comelnya. Rata-rata netizen dan peminat ingin tahu bagaimana perasaan Siti selepas melahirkan anak sulung.
Pengurusnya, Rozi Abdul Razak berkata, Siti tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan sedih kerana akhirnya dikurniakan cahaya mata selepas 11 tahun berkahwin.
“Apabila dapat berjumpa Siti semalam, saya terus bertanya kepadanya apa yang dia rasa selepas melihat bayi sendiri. Siti berkata, semasa doktor meletakkan bayi dia sangat gembira dan tidak fikir perkara lain. Siti juga menangis.
                                          
Dari laporan Harian Metro, Siti akui seperti tidak percaya bahawa dia akhirnya sudah bergelar ibu.
“Menurut Siti, dia rasa seperti bermimpi dan tidak percaya sudah memiliki cahaya mata. Malah bukan Siti saja, tetapi saya sebagai orang yang rapat dengan Siti pun berasa perkara sama. Sebab tempoh 11 tahun terlalu lama.”

Datuk K Kagum Dengan Kekuatan Siti

Dalam perkembangan yang lain menerusi Utusan Online, Datuk K amat berbangga dengan isterinya yang begitu sabar dan tabah melalui kesakitan khususnya selepas doktor memberikan suntikan bagi mempermudah kelahiran.
Kata Datuk K, Siti Nurhaliza memiliki kekuatan luar biasa melalui proses pembedahan, walaupun isterinya itu turut mengalami pendarahan selepas selesai pembedahan.
“Saya dapat melihat bagaimana Siti memiliki kekuatan luar biasa. Ada satu saat kami berasa dukacita kerana Siti mengalami pendarahan, namun alhamdulillah kepantasan dan kecekapan doktor mengawal keadaan menyebabkan semuanya kembali normal dan Siti serta bayi kami berada dalam keadaan sihat,” katanya berkongsi saat-saat mendebarkan itu.
Siti selamat bersalin anak perempuan di pusat perubatan di Kuala Lumpur, 8.17 pagi, semalam. Siti selamat melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram secara pembedahan.

Catat Ulasan

0 Ulasan