Selalu Rasa Sejuk,Rupanya kahwin Dengan Roh

Selalu Rasa Sejuk,Rupanya kahwin Dengan Roh

Loading...
Selalu Rasa Sejuk,Rupanya kahwin Dengan Roh

DOWNPATRICK - KELUHAN seorang wanita yang mengadu kerap terasa sejuk di bahagian bahu dipercayai didampingi roh seseorang di rumahnya berakhir apabila beliau mendakwa telah menemui cinta sejati.

Amanda Teague, 45, berkata, semua itu bermula selepas beliau ‘dilawati’ roh seorang lelaki Haiti berusia 300 tahun semasa sedang berbaring di katilnya pada 2014.



Teague dari Downpatrick, Ireland Utara berkata, melalui ‘perbualan’ mereka, beliau dimaklumkan roh itu adalah Jack, seorang lanun pada abad ke-18 yang dihukum kerana mencuri.
Katanya, selepas beberapa bulan berinteraksi dengan roh terbabit, Teague mendapati perasaan sayang mula berputik di dalam hatinya.
“Selepas enam bulan berkomunikasi, saya akhirnya menerima kehadiran roh itu dalam hidup saya. Lagi pun, kami selesa menghabiskan waktu bersama,” kata ibu kepada lima cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu.
Beliau mengakui berasa terkejut dengan perasaan romantiknya terhadap Jack.
Sejak itu, Teague menjalani kehidupan harian bersama Jack seperti menonton televisyen dan memandu bersama.
Ketika perasaan cinta semakin mendalam, Teague merasakan ada sesuatu yang tidak pernah dialaminya di dunia nyata.
Walaupun beliau tidak pernah melihat Jack, namun dia membayangkan Jack adalah bayangan Bob Marley, sebagaimana roh tersebut memberitahunya.
Malah tanpa segan, Teague memberitahu, mereka turut melakukan hubungan seks.
Kisah cintanya dengan roh terbabit berakhir apabila Jack melamar Teague dan kedua-duanya berkahwin baru-baru ini.
Majlis yang diadakan secara tertutup itu berlangsung di atas sebuah bot di perairan antarabangsa di Ireland dan hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat Teague. – WWW.THESUN.CO.UK

Catat Ulasan

0 Ulasan