Jurusolek Cerita Mengapa Dia Sebarkan Gambar Bayi Siti

Jurusolek Cerita Mengapa Dia Sebarkan Gambar Bayi Siti

Loading...
Jurusolek Cerita Mengapa Dia Sebarkan Gambar Bayi Siti

PETALING JAYA: Hasrat murni seoarang jurusolek untuk berkongsi kegembiraan dengan memuat naik foto bayi Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak kesampaian apabila dia sebaliknya dikecam netizen.

Wan Noor Akmal Wan Yusof, berkata, dia sudah meminta maaf secara terbuka tentang kesilapannya terhadap penyanyi dan suami beliau Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

“Saya mengaku bersalah dan sudah meminta maaf secara terbuka. Saya sendiri terkilan dan tidak tahu perkara itu sesuatu yang dirahsiakan.

“Saya akui terlalu fanatik dengan penyanyi itu dan ingin berkongsi kegembiraan dengan orang lain,” ujarnya kepada mStar Online, Selasa.


Sebelum ini, foto anak sulung penyanyi lagu Segala Perasaan itu menjadi perhatian apabila menjadi tular di media sosial.

Foto berkenaan dikongsi Wan Noor Akmal selepas menerimanya dari seorang rakan di WhatsApp. Bagaimanapun, status dan foto itu dipadamkan selepas menerima kecaman netizen.

Dalam pada itu, dia menafikan dakwaan tindakannya adalah bertujuan mengambil kesempatan.
“Ramai yang salah anggap bahawa saya nak ambil kesempatan tapi tidak. Saya tiada niat sebegitu,” ujarnya.

Selain itu, dia juga mengaku terpaksa menutup akaun Facebook buat sementara bagi meredakan kemarahan orang ramai.

Siti Nurhaliza bergelar seorang ibu selepas melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada Isnin.
Penyanyi Segala Perasaan itu melahirkan bayi dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi secara pembedahan.

Catat Ulasan

0 Ulasan