Kelahiran Si Comel Pipi Merah Sama Macam Siti Lahir Dulu

Kelahiran Si Comel Pipi Merah Sama Macam Siti Lahir Dulu

Loading...
Kelahiran Si Comel Pipi Merah Sama Macam Siti Lahir Dulu

KUALA LUMPUR: Ketika seisi keluarga dan peminat gembira menyambut kelahiran puteri sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, ibu penyanyi tersohor itu, Siti Salmah Bachik, teringat detik yang pernah dilaluinya, hampir empat dekad lalu ketika melahirkan Siti.
Salmah, 68, memberitahu, suasana dikunjungi ramai sanak-saudara dan kenalan yang mahu melihat Siti sama dengan situasi dialaminya ketika Siti dilahirkan di rumah.
"Waktu itu, makcik melahirkan Siti di rumah dan ramailah kawan yang datang menziarah.
"Rasa seganlah apabila ramai yang melihat makcik nak bersalin. Situasi itu jugalah yang makcik lihat hari ini apabila ramai orang datang nak ziarah Siti selepas melahirkan bayi," katanya kepada BH Online.
Mengakui berdebar terutama ketika anaknya diusung ke dewan bedah, Salmah sempat menitipkan pesanan berguna buat Siti.
"Makcik cakap kepadanya, banyakkan bersabar dan sentiasa ingatkan Allah... Insya-Allah akan selamat semuanya," cerita Salmah yang tidak lekang dengan senyuman di bibir.
Sementara itu, kakak Siti, Siti Nursaida, 42, bersyukur kerana adiknya diberi peluang untuk menikmati pengalaman menjadi ibu.
"Kehadiran bayi ini umpama kurniaan Tuhan yang amat bermakna dan memberi kesan mendalam terhadap Siti.
"Pesan saya, Siti kena kuat dalam menjalani proses berpantang kerana cabarannya bukan kecil. Lalui pengalaman itu kerana ia saat yang akan mengingatkan kita betapa susahnya ibu menjaga dan membesarkan kita dulu," katanya.
DATUK Seri Khalid Mohamad Jiwa bersama isterinya Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang selamat melahirkan anak perempuan seberat 3.55kg secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, pada jam 8.17, diberi nama sementara Fatimah Az-Zahra. - Foto ihsan Rozi Abdul Razak


NOSTALGIA DATO' SITI NURHALIZA

Sejak kecil, Dato' Siti Nurhaliza merupakan seorang kanak-kanak yang lasak. Ketika itu, dia tinggal di berek Polis, Kampung Awah, Temerloh, Pahang. Dalam usia yang masih muda, Siti sudah berani panjat pokok dan kebanyakan rakan-rakannya ketika itu ialah budak lelaki.

Selain bermain ke sana ke mari, Siti juga gemar mengayuh basikal keliling kampung.

Sikap tegas arwah bapanya Taruddin dalam jabatan polis membuat siti turut terikut-ikut dengan gaya dan ketegasan bapanya itu. Selain itu, dia juga pernah bercita-cita mahu menjadi seorang anggota polis berpangkat inspektor.

Mungkin disebabkan cita-cita tersebut, gaya dan lagak Siti tidak seperti anak-anak gadis yang lain. Dia gemar berambut pendek setakat paras tengkuk dan bergaya dengan pakaian lelaki seolah-olah tomboy.


Bagaimanapun, sikap tersebut tidak kekal lama. Ketika Siti berusia 10 tahun, dia mula berubah sikap apabila didesak oleh ibunya menjual kuih. Perangai tomboy sedikit demi sedikit berubah dan dia mula berjinak-jinak dengan baju kurung serta pakaian-pakaian wanita yang lain.

Kemiskinan dan keperitan hidup telah banyak mengajar Siti menjadi seorang insan yang tabah. walaupun terpaksa menjual kuih keliling kampung, di pasar-pasar malam dan di bandar, namun Siti tetap patuh dan sekaligus mengetepikan rasa malunya.

Kini, meskipun Siti sudah popular, namun tanggungjawab tidak pernah dilupakan. Dia masih berusaha keras untuk meningkatkan kerjayanya dalam bidang seni suara demi membantu keluarganya yang banyak berjasa.



Biodata:
Nama Penuh : Siti Nurhaliza Bt Tarudin 
Tarikh Lahir : 11 January 1979 
Tempat Lahir : Kg Awah, Temerloh Pahang 
Adik-beradik : 7 orang 
Anak ke : 
Zodiak : Capricorn

Catat Ulasan

0 Ulasan