Lagi perkongsian gambar #BabyCTDK

Lagi perkongsian gambar #BabyCTDK

Loading...
Lagi perkongsian gambar #BabyCTDK

Tya berkongsi gambar bersama Datuk Seri Siti Nur Haliza dan puteri sulungnya di Instagram- Gambar Instgram

KUALA LUMPUR: Lagi perkongsian gambar bayi perempuan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K di media sosial.

Kali ini, menantu Datuk K, Tya Ariffin sendiri memuat naik gambar bersama penyanyi itu dengan anak masing-masing di laman Instagram miliknya.

Dalam gambar itu, Tya merangkul anaknya, Arif Jiwa, manakala, Siti mendakap erat puteri sulungnya yang diberi nama timangan sementara, Fatimah Az-Zahra.

Bagaimanapun, Siti tidak mendedahkan sepenuhnya wajah anak perempuannya itu.

Gambar itu turut mendapat komen positif netizen yang tidak putus-putus ingin tahun perkembangan lanjut mengenai Siti dan puterinya.

Siti melahirkan puteri sulungnya pada Isnin lalu secara pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Catat Ulasan

0 Ulasan