Putus Tunang: Ibu Elfira Loy Mengamuk Di Instagram,Pedas Bahasanya

Putus Tunang: Ibu Elfira Loy Mengamuk Di Instagram,Pedas Bahasanya

Loading...
Isu Putus Tunang: Ibu Elfira Loy Mengamuk Di Instagram:

Baru sahaja mahu reda isu putus tunang di antara Sufian Suhaimi dan Elfira Loy, kini hangat kembali di media sosial apabila netizen mula kembali memperkatakan punca utama mereka putus.

                              

Ibu Elfira Mengamuk

Antara yang diperkatakan oleh netizen adalah mengenai ibu Elfira yang kononnya mengamuk dan terkilan akan Sufian Suhaimi.

                                    

Terdahulu khabar angin mengatakan bahawa antara punca mereka putus adalah kerana ibu Elfira meletakkan wang hantaran yang terlalu tinggi dan juga syarat lain yang seperti terlalu sukar untuk dipenuhi.
“Sepatutnya dia sendiri rasa terhina tinggalkan anak dara orang lain dan ambil anak dara orang lain secara tak baik. Tak seharusnya dorang ni tak jumpa dirimu”
                          
Keterangan status seperti di atas
Terkilan akan tuduhan tersebut, ibu pelakon ini kembali menolak dakwaan tersebut dan turut menjelaskan sebab wang dan syarat berkenaan diletakkan.

                                   

“Kenapa perlu nak ucap berjiwa kawan dekat media? Kata masih contact dengan dia? Mungkin tak cukup ikhlas ke tak cukup sensasi?”

Elfira Bengang Dengan Netizen

Sedar akan status ibunya hangat diperkatakan, Elfira turut berang dengan netizen tersebut serta turut mempersoalkan tujuan dia berbuat demikian kerana kedua-dua selebriti itu terdahulu sudah memutuskan enggan lagi bercakap mengenai hubungan mereka.


Apa pendapat anda? Bersabarlah Elfira, bak kata Ziana Zain anda sebagai ‘Public Figure’ akan sentiasa diperhatikan serta menjadi topik di kalangan peminat.

Catat Ulasan

0 Ulasan